Tak Ada Duit, Boleh Beli Rumah Ke?

Gambar : Mudah.my

Rumah sekarang adalah keperluan asas manusia. Rumah juga merupakan tempat untuk kita berlindung. Kini harga rumah semakin meningkat saban tahun menjadikan kita sebagai pembeli warganegara merasakan semakin terbeban dengan peningkatan tersebut kan.?

Tak ada duit, boleh beli rumah ke? Persoalan tu yang sering kali bermain di fikiran kita. Nak juga ada beli rumah pertama samaada untuk didiami atau pelaburan.

Semua dihujung jari sekarang, rasanya tak ada masalah pun kan untuk anda ketahui cara membeli rumah pertama. Terdapat banyak tips pelaburan hartanah ni.

Gaji kecil bawah RM 2000 pun bukan penghalang untuk membeli rumah. Cuma anda kena ketahui…, dengan mendalami ilmu bagaimana nak kurangkan beban kewangan dan hutang jahat diselesaikan dengan betul, baru senang bank nak approve bagi loan rumah.

Lagi lagi kalau anda kerja kerajaan, cuba apply loan rumah kerajaan dibawah Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam.

Bayar PTPTN elakkan rekod CCRIS, CTOS, restruktur semula kewangan anda dengan kukuhkan dan stabilkan kewangan serta tambah pendapatan adalah langkah permulaan untuk memiliki sebuah rumah.

Banyak sumber yang anda boleh rujuk step by step sekarang untuk beli rumah. Samaada rumah baru, undercon, subsale (second hand) dan juga lelong.

InsyaAllah, saya pun dalam perancangan usia B30 ada sebuah rumah pertama dan seterusnya.

Yang menarik melalui pembacaaan saya, terdapat banyak Projek dan Skim Perumahan Mampu Milik yang disediakan oleh kerajaan ataupun pihak bank untuk memiliki rumah pertama.

Seperti PR1MA, MyHome, Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia, PPR, Rumah Mesra Rakyat 1 Malaysia, RUMAWIP, Rumah Selangorku, dan Rumah Idaman Rakyat.

Tujuan utama skim ini diwujudkan adalah usaha kerajaan meningkatkan pemilikan rumah warganegara Malaysia.

Bank pun ada sediakan inisiatif khas untuk peminjam membuat loan rumah seperti BSN MyHome dan banyak lagi.

Tak ada duit, boleh beli rumah ke?

Semestinya boleh! Anda disiplin dalam menyimpan, anda akan nampak cashflow disitu. Kalau terus leka tanpa ada kesedaran nak memiliki rumah, masalah jugak tu, masalah anda sebenarnya. haha sebab apa, nak travel la, nak enjoy la itu dan ini last last baki akaun di akhir bulan ZERO. 😛

Ada Ke Tak Panduan Membeli Rumah Pertama Ni Yer?

Sudah semestinya ada, baru ini saya dah dapatkan eBook dari Tuan Rahim Ibrahim ( Pengasas Website Hartanah ). Boleh dikatakan eBook ini memang rujukan dan panduan serta inspirasi bagi saya memiliki rumah pertama.

Dengan gaji kecil sebulan, saya rasakan tak mustahil saya nak beli rumah walaupun tak ada duit, boleh beli rumah ke adalah tajuk eBook tu yang menarik perhatian saya untuk membaca.

Baca punya baca, banyaknya benda yang saya tak ketahui selama ni, daripada habiskan masa di Facebook, baik tambahkan ilmu pengetahuan melalui pembacaan berilmiah ini.

Ada juga dapat hint, dan makin bersemangat nak melabur dalam hartanah ini.

Siapa sangka beli rumah pertama tanpa modal!

Memang terkejut, kisah daripada otai hartanah ini berikan kita inspirasi bagaimana cara mereka lakukan untuk beli rumah pertama, rumah kedua, rumah ketiga dan seterusnya. (KLIK GAMBAR)

Yang menarik, ada bagitau macam mana nak dapatkan Zero-Downpayment membeli rumah. Tak bayar downpayment pun boleh beli rumah la. Sapa tak nak ikut cara otai hartanah Malaysia ni. Konfirm nak! 🙂

Semua cara ada didedahkan dalam eBook ” Tak Ada Duit, Boleh Beli Rumah Ke?” ini. (Klik Gambar)

Tak guna kalau saya ulas panjang kalau saya seorang je yang dapat memanfaatkan ilmu pelaburan mahal ni. Bak kata pepatah ;

“Ilmu bukan sekadar jalan kejayaan, Ilmu juga jalan menghindari kesilapan”

Anda nak eBook ini tak? Sila isi Nama dan Emel aktif dibawah, nanti saya bagitahu caranya nak dapatkan.

atau Klik SINI

Bertindak sekarang sebab Tuan Rahim Ibrahim juga berikan Money Back Guanrantee jika produk ini tidak memberikan manfaat kepada anda.

This post was last modified on July 4, 2018 8:41 pm

Syahril Hafiz :Pengasas blog SyahrilHafiz.com. Suka bertani & web enthusiast yang bercucuk tanam di laman maya. Jika anda ingin upah blogger untuk produk laku keras anda hubungi saya di halaman Pengiklanan. Biodata penuh tentang Penulis

Lihat Komen (6)

  • Usihhhh, ini otai2 yang menulis ni.

    Selalu follow Faizul Ridzuan, Ariff Shah, Azizul Azli, Harith Faizal dengan Zaidi Ismail punya tips.

    Buat masa ni sebab masih belajar, jadi masih fokus kepada emas dulu. Nanti dah start kerja balik mungkin target rumah pertama terus.

    • Wah.. bagus tu, sekurangnya ada ilmu salah satu pelaburan
      aku pun dah habis khatam ebook ni. tengok la, tahun ni macam mana
      ada rezeki target sebiji rumah :)

  • Saya bekerja tetap dan Gaji saya antara 1500 ke 2000 . Tiada ap2 hutang termasuk ptptn. Umur bru 21 tahun dan tiada modal lansung untuk mmbeli rumah. So mcm mne saya nk buat untuk memiliki rumah pertama.