Percubaan Kuasai Teknik SEO Guna Genesis Theme Framework Untuk Personal Blog

Pertama sekali, terima kasih kepada Jemaah Genesis! Dapat juga saya merasa untuk buat percubaan kuasai teknik seo menggunakan Genesis Theme Framework pula kali ini. Setahun menggunakan Thesis WordPress Themes, banyak juga la saya belajar tentang cara customize design blog, edit CSS dan paling penting, parent theme je kot tanpa skin Thesis theme . Itu cerita mengenai Thesis, teruskan baca tentang teknik SEO yang anda perlu tahu.

Betul kata orang, nak kuasai teknik SEO kena laburkan duit juga untuk dapatkan SEO terbaik untuk blog anda. Jadi bila dah menjadi serius web-aware, web ethusiast dan bla bla bla, akhirnya anda sendiri akan terasa terjerumus dan ‘gatal tangan’ untuk melabur sedikit ke blog.

Metro Pro Genesis Theme Framework.  Testing baru 😀

Keputusan Luar Dugaan

Satu perkara yang saya ingin belajar kuasai teknik SEO adalah dengan mencuba themes wordpress based on SEO framework. Untuk dapatkan kandungan yang lebih baik di enjin carian, Thesis dan Genesis adalah pilihan saya. Susah nak terangkan, tapi dari penelitian, teknik yang diguna pakai berkesan.

Memang tak dinafikan, kandungan entri baik, keyword, backlink berkualiti , dan page rank juga berkait rapat.

Ini Teknik SEO Yang Betul

Guna Genesis framework satu, teknik SEO yang betul pun satu. Jadi, anda mestilah juga faham bagaimana mahu tingkatkan teknik SEO anda. Antaranya guna plugin SEO ( seperti Yoast, All In One, Platinum SEO Pack) , indeks artikel di enjin carian dan perkara yang berkaitan anda boleh cari di dalam blog ini. Jumpa?

Untuk Personal Blog macam saya ni tak expect sangat boleh boost artikel macam otai otai Denaihati, Kujie2, Mohd Isa dan rakan blogger yang lain. Yang penting rasa seronok !

Tapi Tunggu, Ada Lagi.. Kurang?

Perlu diingatkan, teknik SEO yang saya nyatakan diatas hanyalah asas SEO sahaja. Anda tahu lebih, boleh kongsikan bersama 🙂

Satu perkara lagi, nampaknya Genesis dashboard lagi mudah digunakan berbanding Thesis framework yang lambat nak dhadam. Serius! 😛

P/S Nak kekal Thesis ni ke? Nak guna Genesis theme framework? Hmmm.. hmmm

Syahril Hafiz: Pengasas blog SyahrilHafiz.com. Suka bertani & web enthusiast yang bercucuk tanam di laman maya. Jika anda ingin upah blogger untuk produk laku keras anda hubungi saya di halaman Pengiklanan. Biodata penuh tentang Penulis

Lihat Komen (20)