Alhamdulillah, berkesempatan juga saya nak kemaskini blog hari ni. Serius la cakap, dengan kerjaya sekarang 360° berubah buatkan saya lebih fokus dengan pekerjaan sekarang.
Ada masa tu nak kongsikan dengan pembaca setiap perkara yang dibuat, macam sebelum ni, blog peribadi. Semua nak kongsi. hehe. Tapi fikirkan komitmen dan tanggungjawab, future plan orang cakap. Yang rasa pasif tu, saya amalkan 3M saja.

Kredit gambar : Daliulian
Baiklah, sebelum ini saya dah kongsikan tips ini di Facebook Page tapi rasa macam perlu kongsikan disini juga untuk rujukan anda wahai wanita solehah pada masa akan datang, apa salahnya anda teruskan pembacaan anda. Rasa bermanfaat share dengan rakan yang sedang melalui fasa – fasa ini. Jangan gosip pasal saya ye, tawan hati suami balik. 😀
Akhir ni banyak kita dengar kan terlalu banyak kes penceraian di Malaysia. Bagi yang nak berumahtangga dan sudah mendirikan masjid mesti perkara ni nak dielakkan, sapa nak…kahwin mahal-mahal sampai hantaran 10k ke 30k keatas last.. last tak serasi. emm jadi elakkan curang bersama pasangan anda ye !
Sebab tu dalam Islam ada 4 perkara ni dituntut untuk ikuti kerana Allah iaitu Agama, Kecantikan, Keturunan dan Harta.
Tips ni saya dapat dari ustaz ( Kadi di JB ) semasa kursus Pra Perkahwinan di Masjid Taman Universiti, Skudai, Johor. Senang je dia cakap kalau nak wanita tu ‘ikat’ suami dengan kasih sayang. Alhamdulillah apa yang dikongsikan, saya harap anda amalkan.
1. Jaga Mata Suami
Ingat wanita, jangan kat tempat kerja je pakai pakaian menjolok mata, sampai dirumah baju kelawar dipakainya. Suami balik kerja letih, mesti lah nak isteri berhias sebaik mungkin. Tau kan maksudnya tu. Berhias untuk suami bukan untuk mata orang lain !
2. Jaga Perut Suami
Air tangan si isteri tu paling hebat berbanding masakan yang lain. Nak ‘ ikat’ suami, ikat perutnya dahulu dengan masakan kita. Cuba bayangkan. Masakan siapa paling sedap di dunia ni. Mestilah masakan ibu kan! So cubalah wahai kaum wanita, jaga perut suami anda tu ye.. jangan sampai air tangan mamak mengikat perut suami anda tu ??
3. Jaga Nafsu Suami
Belai dan tunaikan kewajipan anda Wanita sebagai Isteri Tersayang. Lelaki ni, kalau dia nak kena bagi. Masuk air sampai kepala boleh stress. Jaga jaga jangan lebih 3 hari elak, takut suami curang nanti haa.. Haru !
InsyaAllah , kalau anda wanita sebagai Isteri yang solehah mampu tunaikan apa yang diatas. Rumahtangga anda bahagia dan harmoni. Selamat beramal !
Panduan Penuh Menangani Suami Bermasalah
Sekejap! Anda nak jadi isteri yang solehah? Dan masih pening dengan karenah Suami yang berubah 360°. Nak panduan cara nak tangani si Suami bermasalah dan berubah?
[box type=”download”] Baca kat sini : Suami Unggul – Panduan Menangani Suami Bermasalah [/box]
Ia bukan satu perkara yg mudah bagi suami isteri kekalkan hubungan mereka buat selama-lamanya. Bertolak ansur antara satu sama lain memainkan peranan yg amat penting.
Lihat contoh orang tua kita. Tanya mereka bagaimana mereka bahagia. 🙂
#TrueStory belajar dari mereka..hehe