• Utama
  • Biodata
  • Hubungi
    • Pengiklanan
  • Dasar Privasi
  • Peta Laman
    • AMP Sitemap

SyahrilHafiz.com

Malaysian Blogger

  • SEO
  • WordPress
  • Info
  • Agro
  • Apple
  • Windows
    • Ubuntu
  • Google
  • Android
  • Perniagaan
  • GST

You are here: Home / Info / Tips Berbelanja Online, Elak Ditipu!

Tips Berbelanja Online, Elak Ditipu!

April 21, 2014 oleh Syahril Hafiz28 Comments

tips belanja online, tips beli online, tips elak ditipu, kes tipu online, panduan beli online, susu kambing segar, tips jual beli online, tips jual online, tips elak kena tipu jual beli online, penipuan internet, apa itu scammer, penipuan scammer, jenis penipuan scammer, atasi masalah jual beli online

Dah kena tipu? Kesian. Tapi buat pengajaran dikemudian hari untuk berbelanja online ok! Tips berbelanja online ni saya akan cuba kongsikan pengalaman saya sebagai pembeli di laman internet sebagai panduan untuk anda yang masih ragu – ragu nak gunakan perbankan online membeli barang sesuka hati tanpa had dan limitasi masa.

Sebagai pengguna internet kita kenalah bijak. Bijak untuk survey harga dan tahu cara untuk membeli. Oleh itu, nah sedikit sebanyak tips belanja online untuk modal ‘gua’ kemaskini blog untuk dibaca. ๐Ÿ˜€

Semakin hari semakin ramai penjual semakin ramai scammer. Baca sini tentang penipuan online melibatkan scammer. Pembeli yang bijak anda akan sentiasa follow up apa yang anda beli sebelum barang sampai. Dari gambar produk terpampang di laman sosial/blog sampai jaminan anda harus bertanyakan kepada penjual. Dan antara tips berbelanja online ;

#1 – Tengok latar belakang penjual

Kebiasaan untuk anda yang first time berbelanja secara online, perkara pertama yang perlu dilihat adalah seperti berikut bagi mengurangkan risiko penipuan. Nak lebih selamat berbelanja secara online, cari syarikat/personal seller yang mendaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Ada juga yang tak mendaftar dengan SSM boleh percaya bak kata orang ‘trusted seller’, tapi kena bijaklah daripada kena tipu. Komen daripada pembeli lain juga memainkan peranan dan sangat mempengaruhi keputusan membeli.

Selain tu, cuba selidik adakah penjual tersebut mempunyai kedai fizikal selain kedai online. Ini juga membantu jika kita berhadapan dengan masalah selepas pembelian, boleh rujuk terus ke kedai fizikal tersebut kan?

#2 – Lihat platform pembelian

Platform yang biasa digunakan oleh penjual kepada pembeli biasa dikategorikan kepada 2 bahagian iaitu ;

a) Melalui laman blog e-commerce dan..
b) Private Message (PM), Emel, SMS, WhatsApp atau Telegram

Kewujudan teknologi internet masa kini memudahkan pengguna untuk guna smartphone/gajet mereka membuat tempahan secara terus selepas lihat produk dan ingin melakukan pembelian. Kebiasaan pilihan no (b) mendapat tempat untuk proses urus niaga.

Dan boleh dikatakan, saya lebih gemar kalau ramai penjual menggunakan pilihan (a) selepas ini untuk memudahkan proses anda menghantar barang pelanggan tepat pada masa. Serta senang dan mudah untuk kedua – dua pihak tanpa buang masa bual perkara out of topic.

#3 – Cara pembayaran

Selalu ramai yang sarankan Cash On Delivery (COD) kan? Yup ini sangatlah disarankan jika anda membeli barang RM 500.00 keatas. Bukan apa, kaedah COD lebih terjamin dan selamat dari scammer untuk tipu anda, berbanding bayar dulu, barang tak sampai menangis berdarah ๐Ÿ™‚ . Makanya, kalau ada penjual tawarkan servis COD, pembeli akan lebih yakin untuk berurus niaga.

” Adalah lebih selamat guna perbankan online seperti Maybank2u atau CIMBClicks dengan baki wang yang ada berbanding membuat pembayaran melalui kad kredit iaitu elak nafsu boros online shopping “

Antara 3 tips berbelanja online ini adalah asas panduan membeli online. Susu kambing segar, anak pokok limau nipis, betik sekaki dan sebagainya banyak saya buat secara COD terus kepada pelanggan. Mana tidaknya pokok mana boleh pos! hahaha ๐Ÿ˜›

Tapi pengalaman sebagai penjual di internet ada, asas yang bijak saya perlu tahu sebagai pembeli saya buat seperti tips belanja online diatas. Dari gajet sampai sarung pakaian ke badan sendiri semua beli online. Mudahnya dengan online shopping ni kan? Ada lagi tips jom kongsi! Kot ada yang sudah kena tipu, jom kongsi pengalaman anda.

Sumber gambar : Flickr Lunayda

Artikel Berkaitan:

Filed Under: Info, PerniagaanTagged With: Jual Beli Online, Online Shopping, Tips Shopping

NAK TAHU TEKNIK PEMASARAN DI INSTAGRAM 2019?

Daftar sekarang untuk dapatkan Preview Copy PERCUMA teknik pemasaran No. 1 di Instagram.

About Syahril Hafiz

Pengasas blog SyahrilHafiz.com. Suka bertani & web enthusiast yang bercucuk tanam di laman maya. Jika anda ingin upah blogger untuk produk laku keras anda hubungi saya di halaman Pengiklanan. Biodata penuh tentang Penulis


Comments

  1. Sani Sini Sana says

    February 4, 2015 at 12:49 am

    Saya kerap juga beli online. Setakat ini allhamdulliah tak lah kena tipu.. Kita kena check beberpa perkara seperti tuan syorkan,
    lepas tu baru buat pembelian…

    Reply
  2. Mak Jemah Jual Vitamin says

    January 13, 2015 at 5:14 pm

    mudahnya online shopping yang ada sekarang..dan mudah juga duit terbang jika tak pandai kawal nafsu heheh

    Reply
  3. Nurul Fazreen Othman says

    December 28, 2014 at 9:54 am

    saya adalah pembeli online tegar. Alhamdulillah semua urusniaga tida masalah.

    Reply
    • Syahril Hafiz says

      December 28, 2014 at 6:47 pm

      Nice… kalau yakin tak kena tipu punya ๐Ÿ™‚

      Reply
  4. fyna says

    December 5, 2014 at 8:33 pm

    memang bagus tips nih. sebab fyna pun pernah jadi mangsa keadaan. hurm…

    Reply
    • Syahril Hafiz says

      December 5, 2014 at 10:16 pm

      la ye ke..tumpang simpati..tak pe belajar dari pengalaman, kalau nak kongsi kat sini beli kat mana apa awak buat lepas tu boleh jugak ๐Ÿ™‚

      Reply
  5. hikaru matsushima says

    October 16, 2014 at 10:00 pm

    hoho..

    kaki siapakah itu? kaki shopping online kah?

    Reply
    • Syahril Hafiz says

      October 19, 2014 at 8:24 pm

      yep, shoopppaaholic! ๐Ÿ˜€

      Reply
  6. Pahan says

    October 12, 2014 at 12:45 am

    betul2. kalau dah tersilap parah la. nak cari orang yang dah tipu tu punya la susah kan.

    salam kenalan ๐Ÿ™‚

    Reply
    • Syahril Hafiz says

      October 13, 2014 at 12:53 am

      learn from mistake bak kata orang putih ๐Ÿ˜€
      tapi benda ni simple, kita buat apa yang patut tak parah aihh.. salam kenalan jugak ๐Ÿ™‚

      Reply
  7. siti hazreen says

    September 25, 2014 at 10:02 pm

    tak semua benda boleh dibeli secara online, saya ada jugak membeli online, tapi amat jarang lah

    Reply
  8. Raihanah Ahmad says

    September 23, 2014 at 11:11 am

    saya setuju dengan semua tips tu. setakat ni alhamdulillah masih best beli online berbanding ke kedai sendiri.

    Reply
    • Syahril Hafiz says

      September 23, 2014 at 9:30 pm

      kan…senang kerja..kena yakin apa yang kita buat, jgn dengar cakap orang je beli on9 bahaya bla bla bla ๐Ÿ˜€

      Reply
  9. muhammad fakhruddin says

    September 1, 2014 at 3:21 pm

    Biasa beli di laman yang dipercayai/established, setakat ini ok alhamdulillah.

    Reply
  10. eyriqazz says

    August 31, 2014 at 10:35 am

    Tips yang bagus..kena extra careful bila shopping online..

    Reply
  11. hikaru says

    August 23, 2014 at 12:32 am

    wahh..

    kaki siapa la plak tu ye.

    Reply
  12. faisal says

    August 10, 2014 at 2:50 pm

    biasa aku pilih jugak kalau nak membeli….cari org yg kita boleh trust…bukan main beli je…tgk murah nk beli…sikap mcm ni mmg senang utk kena scam

    Reply
  13. Farid Laham says

    August 9, 2014 at 12:58 pm

    yup kene berhati2 skrg ni…macam2 bahaya ada..

    Reply
  14. Denaihati says

    June 4, 2014 at 12:37 pm

    kena berhati-hati terutamanya belian terus dengan penjual bukan kedai dan jual brang pun kadang-kadang je.

    Reply
  15. Bahrain says

    May 29, 2014 at 8:10 pm

    Setakat ni beli secara online tak pernah lagi kena tipu. Kena berhati-hati. Tengok feedback mereka yang selalu beli secara online.

    Reply
    • Syahril Hafiz says

      June 4, 2014 at 11:21 am

      Dont worry be happy. hehe beli je, tak konfiden beli kat kedai ๐Ÿ™‚

      Reply
  16. muhammad hizwan says

    May 15, 2014 at 11:29 am

    Kalo rasa was-was, google jer nama or nombor akaun penjual. Ada la jugak info2 berguna. ๐Ÿ™‚

    Reply
  17. Siti says

    May 1, 2014 at 10:59 pm

    Dah boleh pos pokok sekarang, Poslaju ada buat dah. dan kawan saya ada beli pokok bunga dari florida, selamat sampai untuk ditanam di laman rumahnya di Besut.

    Reply
    • Syahril Hafiz says

      May 2, 2014 at 5:52 pm

      Oh ya ka? Terima kasih untuk info! Nanti nak try tanya pos berdekatan. Tq ๐Ÿ™‚

      Reply
  18. zik says

    April 27, 2014 at 10:43 pm

    aku diantara orang yang selalu beli online.. masa terhad… tengok profile rekod dia.. kalau dekat lelong ada.. mudah susah juga nak check background melainkan yang under company, lazada ok gak…

    Reply
  19. titan says

    April 23, 2014 at 6:06 pm

    Jarang membeli sangat. Melainkan dah terpaksa..

    Reply
  20. Lynn says

    April 23, 2014 at 10:12 am

    Selalu beli n suka beli online ๐Ÿ™‚

    Reply
  21. akubiomed says

    April 21, 2014 at 10:53 pm

    Saya boleh dikatakan kerap membeli diatas talian.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

NAK TAHU TEKNIK PEMASARAN DI INSTAGRAM 2019?

Daftar sekarang untuk dapatkan Preview Copy PERCUMA teknik pemasaran No. 1 di Instagram.

Tentang Penulis

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Syahril Hafiz. Follow saya di Media Sosial
SyahrilHafiz.com
  • Facebook
  • Instagram
  • LinkedIn
  • Pinterest
  • Twitter
  • YouTube

Mesti Baca



Artikel Terbaru

  • 3 Tips Terbaik Membeli Di Shopee, Lazada & 11Street.my Jualan Murah
  • 5 Langkah Mudah Renew Kad KTM I-Card Student Secara Online
  • 7 Pemasaran Instagram – Cara Buat Duit Online Letupkan Jualan Di Instagram!
  • DIY Cara Tukar Air Radiator Kereta Kancil
  • Cara Semak Amanah Saham Berhad ( ASB ) Secara Online Melalui Portal MyASNB
  • Cara Mudah Pembayaran Bil Digi Online
  • Susah Close Sale Bisnes Online? Ikut Langkah Simple Close Sale Guna WhatsApp
  • Cara Beli Barang Online Di Lazada Malaysia
  • Kelebihan Chia Seed Untuk Kesihatan & Diet Harian
  • Cara Mudah & Paling Cepat Renew SSM – Kiosk Ez Biz SSM dan Online

RSS Resepi Menarik

  • Resepi Mee Goreng by RESEPIADIK
  • Resepi Cucur Labu Sedap
  • Resepi Kuih Sagu Kelapa Parut
  • Resepi Sotong Celup Tepung Bestari
  • Resepi Kek Basque Burnt Cheesecake

Pilih Arkib

Pilih Kategori

PRODUK UNTUK DIJUAL

Minyak Enjin Kereta Terbaik

Anak Pokok Limau Nipis

Anak Pokok Betik Sekaki

Susu Kambing Segar Dari Ladang

Susu Lembu Segar Dari Ladang

Chia Seed Murah & Organik

ANDA PERASAN BLOG INI LAJU?

Hosting yang disarankan adalah [1]. Rakan kerjasama Laman Rujukan Kerjaya & Minyak Enjin XRA Power

Hakcipta Terpelihara © 2023 SyahrilHafiz.comยท Kembali ke Atas