• Utama
  • Biodata
  • Hubungi
    • Pengiklanan
  • Dasar Privasi
  • Peta Laman
    • AMP Sitemap

SyahrilHafiz.com

Malaysian Blogger

  • SEO
  • WordPress
  • Info
  • Agro
  • Apple
  • Windows
    • Ubuntu
  • Google
  • Android
  • Perniagaan
  • GST

You are here: Home / Info / Tips Beli Kereta Versi Bajet

Tips Beli Kereta Versi Bajet

January 7, 2014 oleh Syahril Hafiz21 Comments

Assalamualaikum. Tips beli kereta ini saya lebih khususkan kepada pelajar dan tenaga pengajar. Kenapa khususkan kepada pelajar dan tenaga pengajar sedangkan ramai lagi yang masih mencari kereta baru idaman mereka versi bajet sederhana? Kebiasaannya, susah nak dapat diskaun khas melainkan anda sendiri tunggu tawaran diskaun terbanyak beli kereta. Nah baca artikel dari Ariff Shah berkenaan pembelian kereta luar negara, dimana beliau sendiri memilih Honda Jazz sebagai pilihan.

Bagi saya, beli kereta versi bajet tak semestinya kereta pengeluar tempatan. Ada juga kereta luar negara mampu milik, tapi versi bajet, spesifikasi penuh. Saya lebih gemar sokong produk buatan Malaysia sendiri. Walaupun kereta tempatan seperti Myvi, Viva, Proton Suprima S, Proton Saga, lain – lain proton tak se”gah” nama kereta pengeluar luar negara seperti Suzuki Swift, Honda Jazz, Kia Picanto dan sebagainya, saya rasakan anda sendiri boleh beza kot ikut kemahuan atau kemampuan.

Tak dinafikan juga, biasa beli kereta versi bajet ni bukan untuk kegunaan yang lama, ada juga yang trade -in tukar kereta lebih besar bila dah berkeluarga. Tambah – tambah pelajar bila belajar kereta kecik, mai dah kerja gaji besar, kereta besar 😀 . Untuk hal ini saya akan ketengahkan sedikit point berkenaan beli kereta pengeluar tempatan atau beli kereta luar negara versi BAJET.

Ok sebagai contoh, kalau anda diberi pilihan untuk memilih Perodua Myvi 1.5 SE harga OTR sekitar RM58k berbanding pilih Suzuki Swift 1.4 A/T harga sekitar RM66k mana satu pilihan yang baik? Ini situasinya. Kalau melalui pandangan saya sendiri. Saya akan pilih Perodua Myvi 1.5 SE tersebut kerana bulanan hampir sama Ringgit Malaysia nya dengan Suzuki Swift tapi anda dapat spesifikasi penuh untuk kereta tersebut berbanding Suzuki Swift enjin teknologi tahun 2013 tapi spesifikasi asas pada kereta. Memang tak nafikan ramai akan bash saya berkenaan ini, katakan body Myvi lembut, kereta luar keras bajet dan jimat minyak. Itu semua dakyah politik disebabkan penjimatan minyak sesen hampir lebih kurang.

Maaf saya berkenaan dengan bahagian bahagian komponen kereta amat cetek pengetahuannya tapi setahu saya lagi ramai orang guna untuk memandu sesuatu kenderaan itu dijalan raya itu petanda bagus. Komponen spare part yang mudah dicari dan nilai jimat. Seperti kereta luar Toyota Vios yang mendapat sambutan dinegara ini, tapi tak masuk list sebab ini mengenai tips beli kereta versi BAJET.

Tips Beli Kereta, Myvi 1.5 SE, Loan Beli Kereta, Promosi Beli Kereta 2014, Tips Bajet Beli Kereta, Panduan Membeli Kereta Untuk Pelajar, Toyota Vios 2014, Perbandingan Kereta Myvi & Suzuki Swift, Beli Kereta Mampu Milik, Cara Beli Kereta Mampu Milik, Kereta Mampu Milik, Ariff Shah

Tahun 2014, ada maklumat yang menyatakan isu downpayment akan lonjak sebanyak 20% sebelum ini 10%. Dan pinjaman sewa beli kereta maksimum 7 tahun sebelum ini 9 tahun. Berita ini ada baik dan buruknya jua, tapi versi bajet ikut tips beli kereta ini.

  1. Sekiranya anda pelajar, bekas pelajar atau tenaga pengajar, kebiasaan pihak penjual kereta akan memberikan diskaun khas tertentu kepada individu tersebut. Anda hanya perlu bawa kad pelajar/transkrip setiap sem untuk pelajar manakala untuk tenaga pengajar tunjukkan buktinya seperti slip gaji. Pandai nego, pandai cari port anda sendiri akan mendapat tawaran diskaun yang banyak. Bagi mak ayah yang nak carikan kereta untuk anak kesayangan mereka, ini salah satu tips nya. Dan bagi penganggur yang inginkan sebuah kereta mampu milik, pastikan kad pelajar anda tidak lebih dari satu tahun selepas tamat pengajian.
  2. Tunggu promosi istimewa daripada pihak penjual kereta seperti promosi Merdeka Raya atau YES ( Jualan Akhir Tahun ). Biasa penjual kereta akan menawarkan diskaun yang berbaloi untuk pembeli dengan menarik perhatian itu dan ini untuk penghabisan stok.

Konsep yang sama yang dimainkan oleh peniaga lain. Anda hanya perlu sabar dan tunggu masa yang sesuai untuk beli kereta versi bajet lagi best. Selamat membeli kereta pertama! 🙂

[box type=”note”] Kenapa saya tak senaraikan kereta second hand sebagai tips beli kereta versi bajet diatas? Tak berapa sarankan melainkan anda beli cash! [/box]


Ketahui realiti sebenar Manfaat GST kepada Kerajaan dan Rakyat!

Artikel Berkaitan:

Filed Under: InfoTagged With: ariff shah, Beli Kereta Mampu Milik, Cara Beli Kereta Mampu Milik, Kereta Mampu Milik, Loan Beli Kereta, Myvi 1.5 SE, Panduan Membeli Kereta Untuk Pelajar, Perbandingan Kereta Myvi & Suzuki Swift, Promosi Beli Kereta 2014, Tips Bajet Beli Kereta, Tips Beli Kereta, Toyota Vios 2014

NAK TAHU TEKNIK PEMASARAN DI INSTAGRAM 2019?

Daftar sekarang untuk dapatkan Preview Copy PERCUMA teknik pemasaran No. 1 di Instagram.

About Syahril Hafiz

Pengasas blog SyahrilHafiz.com. Suka bertani & web enthusiast yang bercucuk tanam di laman maya. Jika anda ingin upah blogger untuk produk laku keras anda hubungi saya di halaman Pengiklanan. Biodata penuh tentang Penulis


Comments

  1. kakipromo says

    November 29, 2014 at 10:03 pm

    maksimum 7 tahun tu kebaikannya tak perlu berhutang lama-lama, keburukan pula kena bayar banyak bulan2 walaupun kos keseluruhan lebih murah

    Reply
    • Syahril Hafiz says

      November 30, 2014 at 6:29 pm

      kalau ikut style cina, depa tak ambik loan lama lama ni, biasa dalam warranty. Contoh jenis yang suka tukar kereta lepas habis period sekian sekian.

      Reply
  2. Dulu Lain Sekarang Lain says

    January 14, 2014 at 1:30 pm

    In the end kena tengok poket sendiri juga kan? Cuma adakala bergantung pada individu. Yg sukakan keta glamour sure sedaya upaya beli kereta yg sporty sikit mcm Honda CRV, Mitsubishi Lancer atau Nissan Fairlady. Yg lain-lain tu mcm kawe gasak jer apa yg ada. Yg penting boleh jalan…. Nak mengurat pun, anak bini tunggu kat rumah 😀

    Reply
    • Syahril Hafiz says

      January 14, 2014 at 9:31 pm

      HAHA, betul tu, rasa mampu boleh beli yang lagi baik.

      Reply
  3. Jasa Pindah Hosting - Blog says

    January 14, 2014 at 12:55 pm

    produk yang sngat diminati di dunia oto..

    Reply
  4. Manan Qayyim says

    January 10, 2014 at 10:46 pm

    ramai gak member2 aku yg pakai keter… tp masih belajar……

    Reply
    • Syahril Hafiz says

      January 14, 2014 at 12:14 pm

      tunggu habis belajar dulu, dah pegang duit eloklah nak berkereta 🙂

      Reply
  5. Kamil Salleh says

    January 10, 2014 at 10:04 pm

    Zaman sekarang tidak seperti zaman saya dulu. Pergi sekolah berjalan kaki je.

    Reply
  6. Denaihati says

    January 10, 2014 at 12:41 pm

    bagi pelajar yang dah ada pendapatan sendiri dan boleh bayar bayaran bulanan bagus lah mencuba. dulu-dulu naik kaki je, nampaknya sekarang dah banyak berubah.

    Reply
    • Syahril Hafiz says

      January 14, 2014 at 12:12 pm

      betul betul, rata rata sekarang ramai pelajar dah mula buat perniagaan online secara kecil kecilan

      Reply
  7. Malaysia Tercinta says

    January 10, 2014 at 1:34 am

    Saya dulu kayuh basikal je.

    Reply
  8. titan says

    January 9, 2014 at 5:38 pm

    gua dulu masa kat kolej dan universiti. jalan kaki je maa..

    takdenya kereta atau motor.

    hebat betul budak-budak zaman sekarang ehh..

    Reply
    • Syahril Hafiz says

      January 14, 2014 at 12:07 pm

      saya dulu pun jalan kaki. haha
      kolej kecik je pun

      Reply
  9. Rina says

    January 9, 2014 at 1:10 pm

    Sayangnya kalau di Indonesia tidak pernah ada diskoun untuk pembeli yang masih pelajar, baru lulus ataupun tenaga pengajar
    Kereta amat penting dalam hidup, perlu dipunyai. Trims atas tipsnya, sangat bermanfaat

    Reply
  10. Izwan says

    January 8, 2014 at 4:40 pm

    kalau pelajar lagi biasanya pakai gurantor yang confirm ibubapa. so kena make sure parents tu takde rekod ccris atau ctos kalau tak jadi macam aku bank approve tapi interest tinggi. haha.

    tak tau nak amik ke tak.

    p/s: smart myvi SE tu!

    Reply
    • Syahril Hafiz says

      January 9, 2014 at 5:26 pm

      Memang orang atas suka tengok rakyatnya berhutang. haha aku pun pelik, kenapa ada promosi macam ni kat pelajar yang belum tentu dapat kerja lepas belajar. hmmm kadang2 ambil kesempatan gak aku, dapat approve sebijik :D. Interest biasa, tengok pada bank la..

      Reply
  11. Arieon says

    January 8, 2014 at 4:00 pm

    sekarang ni kalau dilihat pelajar di universiti ramai yang dah berkemampuan….pakai kereta macam macam jenama… sekolah menengah pun dah ada pelajar yang pakai kereta mewah… bertuah sungguh bumi Malaysia..

    Reply
    • Syahril Hafiz says

      January 9, 2014 at 5:20 pm

      itu yang bertuahnya anaknya mak ayahnya yang duit banyak. nak kurangkan cukai. kereta mewah la jawapannya

      Reply
  12. akubiomed says

    January 8, 2014 at 1:38 pm

    Sekarang ini ada mahasiswa mampu memiliki kereta. Zaman saya belajar dikolej mengunakan basikal

    Buat pemilihan mengikut kemampuan terutama mengambil kira kos selepas khidmat jualan seperti kos penyelenggaraan berkala dan ‘wear and tear’.

    Reply
    • Syahril Hafiz says

      January 9, 2014 at 5:18 pm

      yup ini salah satu tipsnya lagi. ambil kira selepas khidmat jualan. habis warranty bersiap siaga dengan wang. simpan sikit untuk maintance kereta

      Reply

Trackbacks

  1. Bayar Duit Kereta Guna ATM Cash Deposit Maybank | SyahrilHafiz.com says:
    January 29, 2014 at 11:57 am

    […] Bagi yang dah berkereta, ini salah satu komitmen yang harus diteruskan sebab dah buat loan pinjaman sewa beli kereta dengan bank jadi jangan liat untuk membayar ya. Bayar duit kereta guna ATM Cash Deposit Maybank pun ok. […]

    Reply

Leave a Reply to Arieon Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

NAK TAHU TEKNIK PEMASARAN DI INSTAGRAM 2019?

Daftar sekarang untuk dapatkan Preview Copy PERCUMA teknik pemasaran No. 1 di Instagram.

Tentang Penulis

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Syahril Hafiz. Follow saya di Media Sosial
SyahrilHafiz.com
  • Facebook
  • Instagram
  • LinkedIn
  • Pinterest
  • Twitter
  • YouTube

Mesti Baca



Artikel Terbaru

  • 3 Tips Terbaik Membeli Di Shopee, Lazada & 11Street.my Jualan Murah
  • 5 Langkah Mudah Renew Kad KTM I-Card Student Secara Online
  • 7 Pemasaran Instagram – Cara Buat Duit Online Letupkan Jualan Di Instagram!
  • DIY Cara Tukar Air Radiator Kereta Kancil
  • Cara Semak Amanah Saham Berhad ( ASB ) Secara Online Melalui Portal MyASNB
  • Cara Mudah Pembayaran Bil Digi Online
  • Susah Close Sale Bisnes Online? Ikut Langkah Simple Close Sale Guna WhatsApp
  • Cara Beli Barang Online Di Lazada Malaysia
  • Kelebihan Chia Seed Untuk Kesihatan & Diet Harian
  • Cara Mudah & Paling Cepat Renew SSM – Kiosk Ez Biz SSM dan Online

RSS Resepi Menarik

  • Resepi Mee Goreng by RESEPIADIK
  • Resepi Cucur Labu Sedap
  • Resepi Kuih Sagu Kelapa Parut
  • Resepi Sotong Celup Tepung Bestari
  • Resepi Kek Basque Burnt Cheesecake

Pilih Arkib

Pilih Kategori

PRODUK UNTUK DIJUAL

Minyak Enjin Kereta Terbaik

Anak Pokok Limau Nipis

Anak Pokok Betik Sekaki

Susu Kambing Segar Dari Ladang

Susu Lembu Segar Dari Ladang

Chia Seed Murah & Organik

ANDA PERASAN BLOG INI LAJU?

Hosting yang disarankan adalah [1]. Rakan kerjasama Laman Rujukan Kerjaya & Minyak Enjin XRA Power

Hakcipta Terpelihara © 2023 SyahrilHafiz.com· Kembali ke Atas