Assalamualaikum. Kali ni saya akan berkongsi dengan anda cara menulis resume dengan efektif. Maknanya resume atau CV lebih padat, ringkas dan betul. Rata – rata dari penganggur IPTA/IPTS yang sudah habis belajar susah mencari kerja. Kan? Mesti ada 10 daripada 100 dari anda sudah memulakan mencari kerja tapi masih tiada maklum balas daripada pihak majikan. Atau anda sendiri cerewet? #ops ๐
Sekarang pencari kerja kena cerdik dan kreatif. Majikan sekarang bukan hanya mementingkan akademik semata- mata tapi apa yang dinilai dari mata mereka ada dengan cara kita meminta sesuatu jawatan atau pekerjaan tersebut. Menulis resume ibarat seperti ingin melamar. Cara melamar pekerjaan mestilah berhemah, dengan penuh keinginan yang menampakkan kesungguhan dan kesemua kriteria yang diperlukan patut ada pada resume anda. Elak lampirkan berpuluh – puluh sijil kelayakan dan sebagainya tetapi RESUME dengan 2 muka surat sudah mencukupi.
Salah satu tips menulis Resume pastikan segala maklumat lengkap dan terkini. INGAT! Jika anda memohon sesuatu pekerjaan tersebut, hanya masukkan yang berkaitan dalam Resume 2 Muka Surat anda, bukan dengan masukkan kelayakan yang tidak kena mengena langsung dengan jawatan tersebut.
Penulisan Resume secara efektif dan padat dengan maklumat mampu menarik perhatian bakal majikan dengan ‘membeli’ anda berkerja dengannya samaada sektor kerajaan atau sektor swasta. Dari segi penulisan resume, saya lebih sarankan anda sendiri membahasakan diri dalam Bahasa Inggeris. Ini kerana jika anda boleh menguasai bahasa Antarabangsa, sedikit sebanyak memberikan anda kelebihan dari calon pencari kerja yang lain.
Dapatkan Rahsia Resume Paling Mantap Dan Gaya Penulisan Terbaik DISINI!
Perkara Penting Mesti Ada Dalam Resume
1. Nama , no telefon , emel dan alamat
2. Objektif, boleh digantikan juga dengan profil diri anda.
3. Pencapaian akademik, latar belakang pendidikan SPM sehingga pendidikan peringkat tertinggi.
4. Kelebihan anda. Kebolehan yang ada dalam diri sendiri bagi membantu prestasi organisasi bakal majikan anda.
5. Pengalaman bekerja.
6. Kemahiran berkomputer atau kemahiran bahasa. Ini sangat penting, sekurangnya anda mahir dan persiapkan diri dengan asas sudah mencukupi.
7. Rujukan
Menulis resume dengan baik adalah permulaan bagi anda dipanggil temuduga. Resume yang baik, pastikan persediaan temuduga pun baik ye. :D. Contoh tips menulis resume paling asas seperti dibawah.
Faham? Jika anda ingin berkhidmat di sektor kerajaan ratanya sekarang resume atau borang permohonan disediakan oleh majikan. Oleh itu, bekerja di sektor kerajaan lebihkan diri persiapkan dengan isu semasa dan pengetahuan am semasa temuduga, sebaliknya jika ingin berkhidmat di sektor swasta pastikan anda ikut format yang saya bagi untuk melamar pekerjaan impian anda itu. Selamat mencuba!
Tolong Saya Untuk Tulis Resume, Nak Sangat Dapat Kerja Ni!
Baiklah, untuk anda yang nak tips atau panduan menulis resume lagi padat, menambat hati majikan sektor kerajaan atau swasta. Apakata anda KLIK pautan yang saya beri di bawah untuk dapatkan sekarang!
Fast action, fast result. Jangan tunggu rakan baik dapat kerja dulu, baru kita terhegeh – hegeh mencari kerja tanpa resume yang baik. Dapatkannya sekarang! + PERCUMA Ebook 7 Kesilapan Kritikal Resume Dilongkangkan
[box type=”download”]Saya Nak Panduan Cara Membuat Resume Kerja. Klik Sini !ย [/box]
ramai lagi yang tak reti tulis resume ni rasanya
Reseume sahaja tak boleh membantu kalau temuduga gagal.. kena seiring keduanya
memang super efektif la resume ni. tulisan semua cakar ayam. hehe..
resume yang baik dapat menarik dapat menarik minat untuk ditemuduga.
ehem, boleh hantar resume ke DH Network tak? ๐
Bagi mereka yang ingin kerja di kerajaan harus pandai buat resume nie
Nice share
yap. itu benda basic yang kena ada masa nak tulis resume.
benda basic mesti taw, senang nak karang ayat POWER nanti dalam resume ๐