Saya rasa mungkin ramai yang tak tahu apa yang perlu dibuat sebelum service untuk repair atau serah smartphone rosak anda ke kedai? Khas untuk yang belum tahu 😛
Tips ini penting sebab apa, takut….tak nak la berlaku ‘kebocoran’ data atau fail peribadi anda digunakan oleh pihak tak bertanggungjawab. Tak ambil perhatian takut juga disalahgunakan. People nowdays kan? Bermacam cara boleh buat untuk dapatkan maklumat berkaitan anda.

Kredit Gambar : GadgetStouse
Jadi saya ingin kongsikan sedikit tips sebelum serah untuk repair ke kedai tu, anda perlu ikut ini terlebih dahulu.
-  Pastikan sebelum serah menyerah smartphone anda yang rosak kepada pihak yang berkenaan, sila Reset Data atau Factory Reset terlebih dahulu. Kalau boleh buat sendiri, kemudian double check. Cari di Setting > Backup & reset > Factory data reset.
- Tanggal sim kad, dan Mikro SD jika ada.
- Jika smartphone anda terus rosak atau terpadam, pastikan ikut langkah ke-2 tu yer. Nak reset dah tak boleh, so nak selamat 2 benda penting tu jangan serah sekali smartphone.
- Dapatkan resit anda serah smartphone untuk dibaiki (repair). Kalau tak ada pun tak apa, terpulang. Rasa kalau ambil hari tak ada masalah nak tuntut kalau tak jadi repair.
Benda ni nampak simple bukan? Nak elak emel anda digunapakai oleh pihak ketiga, gambar dan data dicuri. Langkah terbaik buat apa yang patut. Jangan serah membabi buta orang cakap, dah berlaku kecurian tanpa pengetahuan kita mula lah nak risau ! 😉
Info sangat berguna… kena selalu beringat kalau nak repair phone …
Bahaya kalau data yang bocor dapat kat pihak tak bertanggungjawab.. Sebab tu tak berapa selamat simpan file dalam phone storage.. Kalau simpan dalam SD card ok sikit.. Boleh cabut keluarkan SD card tu sebelum hantar repair kat kedai..
Sekarang pun kebanyakan phone boleh guna USB OTG.. Apa2 file yang agak peribadi transfer je masuk dalam pendrive tu.. Pastu simpan di tempat yang selamat..
Nice sharing bro!
Betul tu, tapi ada smartphone tak support USB OTG. Haru gak 😀
fuhh nasib baik ffon jarang rosak. kalau lasak banyak jgk kena keluar duit
So, guna la dengan cermat 😛
Nampak leceh tapi sebenarnya penting sangat.. tq admin atas perkongsian.
1 2 3 step. done.. mudah sangat.. 😉
Smartphones sudah murah. Baiki pun tak berbalo kerana buatan China murah dan high spec.
setakat nak tukar bateri smartphone kong tu rasa tak de masalah. skrin crack pun dah mahal 😀