• Utama
  • Biodata
  • Hubungi
    • Pengiklanan
  • Dasar Privasi
  • Peta Laman
    • AMP Sitemap

SyahrilHafiz.com

Malaysian Blogger

  • SEO
  • WordPress
  • Info
  • Agro
  • Apple
  • Windows
    • Ubuntu
  • Google
  • Android
  • Perniagaan
  • GST

You are here: Home / Info / Tips tinjauan ketika nak beli komputer

Tips tinjauan ketika nak beli komputer

December 19, 2010 oleh Syahril Hafiz74 Comments

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Untuk tips kali ni aku cuba buat versi aku survey komputer atas permintaan pembaca blog ini. Khususnya bagi kaum hawa(perempuan), bab-bab nak survey harga komputer/laptop, diorang memang kurang sikit. Maknanya kurang berpengetahuan sikit la berbanding lelaki ni.

Semestinya setiap kali aku survey nak beli komputer untuk diri sendiri dan rakan-rakan, selalu mempratikkan perkara ini kerana dapat memberikan kepuasan selepas membeli agar tidak menyesal dahulu pendapatan,menyesal kemudian tak berguna.

cara suvery laptop, tips survey laptop, panduan survey laptop

sumber gambar disini

Antara tips survey komputer/laptop yang selalu dipratikkan adalah ;

1. RAM (Random Access Memory)

Pemilihan RAM amatlah penting dalam survey komputer ini kerana sistem operasi yang paling terbaru sekarang iaitu Windows Seven memerlukan minimanya RAM 2 GB. Kalau korang nak pakai sistem operasi Ubuntu, RAM yang rendah tak pe, kerana tak mempengaruhi prestasinya dalam kerja seharian kita dalam komputer. Penggunaan RAM yang tinggi seperti 4GB atau lebih digunakan dalam jika korang ni seorang kaki gamer atau designer.

2. Processor

Pemprosesan komputer amatlah penting dalam menitik beratkan penggunaan processor yang kita gunakan dalam komputer ni.ย  Terdapat banyak processor yang dimaksudkan tapi ini aku lebihkan kepada graphic. Intel, Nvdia atau ATI, terpulang pada korang untuk memilihnya mengikut kesesuaian. Nak yang high tech gunalah Intel I7.

3. Harga komputer/laptop

Ini yang selalu kita tanya dulu, sebelum tawar menawar mendapatkan harga yang berpatutan. Seeloknya kita survey di semua tempat dulu, dan bandingkan harga yang paling berpatutan.

4. Brand (Jenama)

Semestinya ini pun aku selalu buat jugak. Pemilihan penjenamaan komputer amat penting sekali kerana brand komputer yang mudah dicari semestinya spare part atau perkakasan tambahan mudah didapati.

5. Warranti

Warranti amat penting dalam apa jua bentuk kecemasan yang terjadi pada masa akan datang. Pastikan korang selalu kemaskini tarikh warranti, jika tarikh dah luput. Ini untuk mengelak malang tak berbau jika komputer korang mengalami masalah yang tak dapat dielak seperti LCD rosak, motherboard terbakar dan lain-lain.

6. Local provider

Ini lebih kepada si penjual komputer yang kita beli. Selalunya ada sesetengah kedai komputer tak kan bertanggungjawab sekiranya kita menuntut warranti dalam proses penghantaran atau pembaikian komputer rosak.

7. Kualiti

Kualiti yang dimaksudkan berkaitan juga dengan brand tadi. Kualiti perkakasan dalam dan luaran yang terdapat pada komputer tersebut. Mahal tak semestinya elok.

8. Free Gift

Untuk point ni, terpulang pada individu tersebut samaada nak dapat harga murah tanpa free gift atau sebaliknya. Sebaiknya baik korang tawar lagi untuk mendapatkan free gift yang terbaik.

9. Free OS

Free OS ini bermaksud komputer yang korang beli tu kosong, tanpa sebarang sistem operasi yang di install. Seeloknya jangan guna Windows pirate dan gunalah sistem operasi sumber terbuka.

Jadi antara kesemua tips yag diberikan, ikutlah keperluan yang sedia ada. Ingat! survey dahulu sebelum membeli. Kesemua tips yang diberikan, apa yang aku selalu buat, tapi kalau korang ada tips terbaik lagi untuk dikongsikan bersama, silakan?

Artikel Berkaitan:

Filed Under: Info, OSTagged With: cara nak survey komputer, cara-cara membeli komputer, free os, survey laptop, tips beli komputer, tips beli komputer baru, tips beli komputer dan laptop

NAK TAHU TEKNIK PEMASARAN DI INSTAGRAM 2019?

Daftar sekarang untuk dapatkan Preview Copy PERCUMA teknik pemasaran No. 1 di Instagram.

About Syahril Hafiz

Pengasas blog SyahrilHafiz.com. Suka bertani & web enthusiast yang bercucuk tanam di laman maya. Jika anda ingin upah blogger untuk produk laku keras anda hubungi saya di halaman Pengiklanan. Biodata penuh tentang Penulis


Comments

  1. Pisyek says

    April 2, 2017 at 10:28 am

    Untuk tahun 2017 ni, IMHO kene pakai sistem 64bit, RAM kena 8 GB minima baru rasa tenang sikit nak buat keje. ๐Ÿ˜€

    Reply
    • Pisyek says

      April 2, 2017 at 10:32 am

      Mungkin boleh tambah satu lagi; Storage HHD/SSD.

      Sekarang ni pun SSD dah kira murah juga berbanding 7 tahun lalu. ๐Ÿ™‚

      Reply
      • Syahril Hafiz says

        April 5, 2017 at 5:34 pm

        Ok terima kasih bro. nanti aku edit balik artikel ni

        Reply
    • Syahril Hafiz says

      April 5, 2017 at 5:34 pm

      hahaha betul tu. Punya la RAM 2GB sakit ooo guna Windows 10

      Reply
  2. Farid Laham says

    February 14, 2014 at 10:44 pm

    biasa aku nk beli laptop tgk RAM die n Proseser die..baru smooth layan internet hehe

    Reply
  3. ayieblog says

    January 17, 2011 at 3:15 pm

    Assalamualaikum, nice sharing bro aku dulu ada jugak kawan-kawan bertanya, terutama kaun hawa :), sekurang depe tak menyesal dikemudian hari :P.

    Reply
  4. wazy says

    December 25, 2010 at 12:30 am

    wahhh
    terbaik la tips-tips ni
    betul kena belek mana yang patut kalau nak pc yang mantap

    Reply
  5. Amirez says

    December 24, 2010 at 7:44 pm

    semua panduan ni bagus sebelum nak beli komputer.
    tapi ada sesetengah orang tengok free gift dulu walaupun kualiti komputer tu tak seberapa.
    haih…

    Reply
  6. MDHAFiZ.NET says

    December 24, 2010 at 11:10 am

    aku guna intel pentium je.. ok x bro..
    perlu x aku tukar aku aku ni seorang designer??? ade mempengaruhi x kelajuannya?
    and then 64 bit or 32 bit, yg mana 1 bagus? sbb aku install AutoCad 2010 x support 64 bit. ada cara x nak bagi dia masuk??

    Reply
  7. Khidhir says

    December 23, 2010 at 1:28 pm

    no 3 tu sentiasa menjadi penghalang utama ๐Ÿ˜ก

    Reply
  8. arifcool says

    December 22, 2010 at 9:50 pm

    betol bro…RAM penting.huhu..lappy aku baru kena “not enough RAM memory” time guna ps,huhu ,sedey2..

    Reply
  9. ST says

    December 22, 2010 at 3:36 pm

    beli yg ada waranti 3 tahun… selamat beb. ๐Ÿ™‚

    Reply
  10. Ismail N says

    December 22, 2010 at 2:23 pm

    Tips yang menarik. Cuma aku ni agak seni sikit sbb suka tengok design dan rupa komputer tu. :mrgreen:

    Reply
  11. akubiomed says

    December 22, 2010 at 1:15 pm

    Kalau plan nak beli masa akan datang pun nak customize sendiri. Saya biasa assemble dan install sendiri ๐Ÿ™‚ Cuma sekarang ini agak terketinggalan dengan latest hardware sejak pakai laptop

    Reply
  12. fitri says

    December 22, 2010 at 10:55 am

    eloklah buat entri ni..ramai orang perempuan tak tahu sangat nak angkat yang mana satu..tapi pada aku rupa die xpenting sgt..yang penting harga dengan die nye spec..

    Reply
  13. fendidahada says

    December 22, 2010 at 9:08 am

    buat comparison…kalo laptop memang titik beratkan model..

    compaq terkenal dengan motherboard damage…overheat punya hal…acer setakat ni ok..cuma tang body dia mcam tak cun n tak tahan..

    tapi setakat ni acer aku beli dekat 3 tahun..temp ok je..tak pernah rosak macam 1 model HP aku pernah guna n satu compaq yang mobo damage…

    Reply
  14. hafidz says

    December 21, 2010 at 3:28 pm

    free gift tuh macam bonus.
    kalo dapat tuh memang rezeki :mrgreen:

    Reply
  15. suri says

    December 21, 2010 at 3:20 pm

    salam syah..
    tips yang bagus sekli..dulu penig gak pala nak beli laptop..pikir jenama, brand dll tapi bila dah dapat apa yg di inginkan nd puas hati ikut budget sendri rasa cam dah lega sikit.. ๐Ÿ™‚

    takat ni acer jer mmpu lain tahu beli dell plk tu pun klu ada org nak bg muahhaaa… :mrgreen:

    p/s: Jon joint contest suri…jomlah ๐Ÿ˜ฅ

    Reply
  16. azizan4444 says

    December 21, 2010 at 3:12 pm

    aku klu beli 1st aku tgk brand..warranti n free gift..haha..lps tu yg lain2 tu aku kurang arif dan yg pasti ada kawan yg terer bab ni aku ajak teman mse beli tu,hehe.bgs tips ni bro..aku mmg kurang arif bab ni..haiyak..

    Reply
  17. Hadi Rofiee says

    December 21, 2010 at 7:46 am

    Salam Bro.

    Boleh pohon sedikit bantuan.. sistem operasi sumber terbuka itu seperti Ubuntu kan? ya tak?

    Hmm.. apa ya beza linux & ubuntu? (tak dapat nak beza lagi) ๐Ÿ˜•

    & di mana saya boleh dapatkannya untuk laptop sy yang akan dibeli nanti. Hehe.

    Terima kasih banyak2. Banyak pula tanya. Maaf ya bro. ๐Ÿ™„

    Reply
  18. sollehahn says

    December 21, 2010 at 7:15 am

    memang kena fikir 2-3-4-5-6 kali sebelum beli laptop/pc..kalau dah terbeli, menyesal pun tak guna…
    1 cara paling senang nak survey, tgok review kat internet…tgok pandangan orang lain..ok atau x

    Reply
  19. zik says

    December 21, 2010 at 3:11 am

    nak survey2 nie yang penat nih… so , apa lagi… tengok2 kat lowyat forum jerla… huhu

    Reply
  20. adele says

    December 20, 2010 at 11:28 pm

    beli laptop Dell online je,dah 2 thun pkai..xde masalah..guna windows pirate, dah lock sgala updater..xdelah windows ori stalker ckp counterfeiting..alhamdulillah ๐Ÿ˜€

    Reply
  21. shaharil says

    December 20, 2010 at 8:43 pm

    Free gift penting jugak kalau nak beli laptop terutama mouse dan fan. Sebab, senang sejukkan laptop dan melakukan kerja seharian.

    Reply
  22. Hanis says

    December 20, 2010 at 12:35 pm

    personally, aku suka lagi beli laptop yang free-dos.
    lebih murah.
    lagipun kalau beli yg ada OS, lepas tu balik, pergi upgrade dgn pirate version plak.
    mmg tak berbaloi btol byr lebih 2-3 ratus.

    Reply
    • Anwar Osman says

      December 20, 2010 at 4:22 pm

      Nie org bijak. 2 thumbs up.
      Tapi kalau dah beli siap ngan Pre-Installed Win7 dah x perlu upgrade lagi dah. Buatla DVD restore dia tu. Kalau windows corrupt pun dah boleh fix je.

      Reply
      • Hanis says

        December 23, 2010 at 4:11 pm

        ada org tak puas hati dgn pre installed win 7 tu.
        nak juga pakai ultimate edition.
        thankyou.

        Reply
  23. Masenchipz says

    December 20, 2010 at 8:07 am

    menarik, tapi ketika membeli komputer jangan lupa liat benchmark nya dulu, bisa di liat di cpubenchmark.net
    nice posting ๐Ÿ™‚

    Reply
  24. Hans says

    December 20, 2010 at 1:40 am

    aku bab2 nih tak pandai
    so kesimpulannya aku ajak kawan aku yang pernah kerja dekat low yatt dan tahu pasal komputer teman aku beli benda nih
    memang best gila ajak dia
    sebab kadang2 bila kita gi satu kedai
    lepas dengar abang2 situ membebel2 promote dan bila rasa macam nak beli dia kata jangan beli sini sebab tipu
    so memang betul diorang tipu
    dan selamat kami semua dari penipuan
    heheheeh

    P/S : Misteri Danella : “Danella Cakap Dengan Siapa?”

    Reply
    • RedBoys says

      December 20, 2010 at 7:52 pm

      wah. bestlah dpt kawan mcm tu. xdelah kena kencing. ๐Ÿ˜Ž

      Reply
  25. arrizz says

    December 20, 2010 at 1:32 am

    waa nice bro..boleh praktikkan tips nie time nak angkat pc nanti..hehe

    Reply
  26. Pejuang Kesenian Extreme says

    December 20, 2010 at 12:21 am

    Aku biasanya tanye harga je..yang lain tu tak tau pulak kena tanye..haha

    Reply
  27. Panduan Buah Pinggang Sihat says

    December 19, 2010 at 11:32 pm

    Macam mana kita nak gunakan perisian dari sumber terbuka selepas membeli komputer bro?

    Reply
    • Anwar Osman says

      December 20, 2010 at 4:20 pm

      Download dan install seperti dalam tutorial Syahrilhafiz pasal install ubuntu tu lah.

      Reply
  28. ardzham says

    December 19, 2010 at 9:50 pm

    Nak beli memang nak kena pilih betul-betul supaya sesuai dengan kegunaan kita dan juga sesuai dengan budget kita. Lainlah kalau orang kaya banyak duit, hari ni beli minggu depan boleh beli lagi satu kalau dah rasa tak syok.

    Ramai rakan mengatakan compaq lebih baik dari acer dan saya juga bersetuju bila saya guna compaq CQ-40 hampir dua tahun ni tiada sebarang masalah walau selalu on dalam masa yang panjang.

    Reply
    • Anwar Osman says

      December 20, 2010 at 4:19 pm

      Isteri saya guna Compaq V3000 Dual Core 2.6GHz.. Dah 3 tahun lebih dah. Alhamdulillah masih berkhidmat, belum pernah ada benda yang rosak.

      Reply
  29. Anarm says

    December 19, 2010 at 9:44 pm

    OS yang pasang kt kedai boleh kata majoriti akan pakai windows pirate.. yang mana tak tau tu, memang hancing la kene kencing..

    Reply
    • Anwar Osman says

      December 20, 2010 at 4:16 pm

      X elok kutuk2 org jual pc sebab diorang install Windows pirate. Kastemer jugak yang xnak beli OS original. Kalau pasang ubuntu kang buntu pulak kastemer, mcmana guna nie bang?

      Terasa I tau.. (walaupun skrg dah x jual pc n laptop lagi)

      Reply
  30. donny says

    December 19, 2010 at 9:02 pm

    sudah baca giliran saya pula beri komen ya,

    Tips yang berguna kalau nak beli pc nanti.laptop sekarang masih okay lagi,kalau nak beli baru bolehlah rujuk tips ni nanti ๐Ÿ™‚

    Reply
  31. abgreds says

    December 19, 2010 at 6:29 pm

    banyak tips tu.. abgreds pulak selalu tuju kat member kamceng yang memang kaki komputer nih. apa yang dia cakap ikut saja. dah bidang dia.
    tapi survey juga la sikit-sikit..

    Reply
  32. tengkorak emas says

    December 19, 2010 at 3:47 pm

    bagus juga kalau free OS tu, kalau suruh kedai install pun dia install pirate gak kadang2..

    Reply
    • Hadi Rofiee says

      December 21, 2010 at 7:51 am

      Banyak yang tak tahu tentang ni & kedai cuma beritahu: windows ada. โ—

      Reply
  33. sazuwi says

    December 19, 2010 at 3:13 pm

    free gift tue mmg penting…
    kener tanyer kat orang yg jual tue..hehe
    dapat kipas usb pun jadik lar.. ๐Ÿ˜‰

    Reply
  34. MR.Z says

    December 19, 2010 at 2:18 pm

    “jangan guna Windows pirate dan gunalah sistem operasi sumber terbuka”
    ini yang ayat tak boleh tahan ni..haha.. sempat promote lagi.. btw dua2 ada pron dan cons..
    kalau nak beli high tech sangat tapi tak guna sepenuhnya. baik tak payah la beli melainkan kalau kaya..takpa la..

    Reply
    • RedBoys says

      December 20, 2010 at 7:47 pm

      haha. tau takpe. siap promote lagi. adeh. ๐Ÿ˜†

      Reply
    • Hadi Rofiee says

      December 21, 2010 at 7:50 am

      Sambil menyelam minum air. ๐Ÿ˜›

      Reply
  35. dnoBiz says

    December 19, 2010 at 2:14 pm

    Aku sebelum ni tegok spec je,
    lepas ni kena pilih betul betul.. ๐Ÿ˜€

    Reply
  36. Affan says

    December 19, 2010 at 1:58 pm

    satu je aku nak komen, kat sini free gift tu takde. kalau beli laptop, ko dapat dgn adapter je. beg laptop, mouse, mouse pad ke, sume takdapat.
    even nak beli printer, cable kena beli asing. tension. hehe

    Reply
    • Hadi Rofiee says

      December 21, 2010 at 7:50 am

      Hehe, Sabar Bro. :mrgreen:

      Reply
  37. Ali ridha says

    December 19, 2010 at 1:04 pm

    linux la percuma.

    Reply
  38. Naisophon X says

    December 19, 2010 at 12:35 pm

    Aku memang suka Compaq HP je. Sebab sparepart dia tahan lasak. Laptop aku sudah dua tahun, sumbing sana sini sebab terjatuh banyak kali, tapi secara keseluruhannya masih kuat lagi. Tip top condition, walaupun aku jenis tak off laptop. Kerosakan laptop aku pun disebabkan oleh OS rosak, maksud kena format baharu je lah. Dari HP dari segi sparepart memang kualiti.

    Kawan aku punya Acer beli 2 tahun, pengguna perempuan. Dah 2 kalu tukar wayar kabel. Sebab wayar kabel dia rosak. Yang ori pun rosak jugak, tahik sungguh Acer ni.

    Acer lebih pada design yang cantik je.

    Reply
    • chaoi says

      December 19, 2010 at 1:18 pm

      ye betol…compact memang mantap.

      Reply
    • Affan says

      December 19, 2010 at 1:59 pm

      acer pun aku dgr cepat rosak. taktau lah betul atau tau

      Reply
      • tengkorak emas says

        December 19, 2010 at 3:45 pm

        selalunya acer ni memang cepat prob..agaknya ramai suka acer,

        tapi yg aku perhatikan, acer ni, player dvd nya tak begitu sensitif..boleh play segala jenis dvd..(eh ada kaitan ke..haha)

        Reply
        • Fareast says

          December 21, 2010 at 5:16 pm

          ikut luck jugak..
          Acer 4530 aq nie bakal masuk 3 tahun tanpa ada sebarang prob besar mahupun kecil… masih lagi gagah besama win 7 64bit…
          :mrgreen:

          Reply
  39. etomyam says

    December 19, 2010 at 12:31 pm

    aku pulak suka beli custom made PC, boleh decide apa keperluan kita.. tempah sehari siap ngehehe

    Reply
  40. jue says

    December 19, 2010 at 12:01 pm

    tq2.. mmg tgh becadang nk beli laptop br nie.. (^_^)

    Reply
  41. Anip says

    December 19, 2010 at 11:46 am

    bagus tips nie..aku rase nak beli laptop baru lah~ nak maen game hebat2..huhuhu..

    Latest Entry :
    -> Nak Bau Ketiak Aku ? Kompem Hilang Stress Korang !
    -> Ingin Mencari Cinta, 10 Petanda Seseorang Ini Adalah Jodoh Kita !

    Reply
  42. suffer8zine says

    December 19, 2010 at 11:41 am

    den baru angkat acer4741g core i3, ram topup jadi 4gb, boleh la, ๐Ÿ˜›

    Terkini : 5 Tandatangan Termahal Di Dunia

    Reply
    • Hadi Rofiee says

      December 21, 2010 at 7:48 am

      Harga upgarde RAM, biasanya berapa ya? โ“

      Reply
      • ayieblog says

        January 17, 2011 at 3:13 pm

        Ram DDR … paling miniman harga 2GB..RM100.00 keatas..

        Reply
  43. PutraRocker says

    December 19, 2010 at 11:18 am

    bagus

    Reply
  44. mijie says

    December 19, 2010 at 11:15 am

    aku pun dah lama tak beli komputer, heheh tips yg bagus tu

    Reply
  45. adamfaiz says

    December 19, 2010 at 11:14 am

    Kalau tak sure, panggil je syahril masa nak beli komputer, bole kan? hehehe

    Reply
    • Syahril Hafiz says

      December 19, 2010 at 1:19 pm

      aik? dah ada ni tips dengan saya pulak
      wah2..under 1000 boleh dapat kot..haha

      Reply
  46. mrs mikko says

    December 19, 2010 at 11:07 am

    sjak amik soft eng..
    taw jugalah sedkit sbyk kalo bab2 mo beli comp ni..
    huhu..

    Reply
    • Syahril Hafiz says

      December 19, 2010 at 1:18 pm

      wah bagus la
      sikit pun dah kira ok dah tu

      Reply
      • donny says

        December 21, 2010 at 3:15 pm

        soft eng boleh buat pc sendiri… ia satu kelebihan kepada blogger tersebut

        Reply
  47. Ezany-Kun says

    December 19, 2010 at 10:50 am

    aku pun dulu blajar sket2 pasal spare part pc kat member2.. skang ni nak beli ape2 pun sng.. xyah mintak tlg kat kwn lg.. pc rojak jimat duit sket.. hehe.. tp kalo beli laptop kena hati2 la.. sbb payah sket nak upgrade komponen dlm tu.. buat pilihan dgn bijak..

    Reply
    • Syahril Hafiz says

      December 19, 2010 at 1:17 pm

      yup setuju tuh, pandai2 la nak jenis mana

      Reply
      • donny says

        December 21, 2010 at 3:08 pm

        saya pula kalau pc rosak terpaksa cari klinik… x tahu buat sendiri.. adoi

        Reply

Trackbacks

  1. Alhamdulilah! | SyahrilHafiz.Com says:
    February 6, 2011 at 11:46 am

    […] feedback yang diberikan oleh pihak HP sama macam si Masokis tadi. Jadi dipendekkan cerita, dengan survey-survey harga untuk baiki Miss CQ tadi, dapat juga perbaiki dengan harga yang berpatutan. Jadi ni pulak […]

    Reply
  2. Games Angry Birds, dapatkannya sekarang! | SyahrilHafiz [Dot] Com says:
    January 16, 2011 at 7:28 pm

    […] awalnya permainan ini hanya tersedia bagi pengguna Smartphone, tapi jangan khuatir,versi pengguna komputer/laptop pun […]

    Reply
  3. Tweets that mention Tips tinjauan ketika nak beli komputer | SyahrilHafiz [Dot] Com -- Topsy.com says:
    December 19, 2010 at 12:07 pm

    […] This post was mentioned on Twitter by syahrilhafiz. syahrilhafiz said: Tips tinjauan ketika nak beli komputer http://selangorbloggers.com/read/11202 […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

NAK TAHU TEKNIK PEMASARAN DI INSTAGRAM 2019?

Daftar sekarang untuk dapatkan Preview Copy PERCUMA teknik pemasaran No. 1 di Instagram.

Tentang Penulis

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Syahril Hafiz. Follow saya di Media Sosial
SyahrilHafiz.com
  • Facebook
  • Google+
  • Instagram
  • LinkedIn
  • Pinterest
  • Twitter
  • YouTube

Mesti Baca



Artikel Terbaru

  • 3 Tips Terbaik Membeli Di Shopee, Lazada & 11Street.my Jualan Murah
  • 5 Langkah Mudah Renew Kad KTM I-Card Student Secara Online
  • 7 Pemasaran Instagram – Cara Buat Duit Online Letupkan Jualan Di Instagram!
  • DIY Cara Tukar Air Radiator Kereta Kancil
  • Cara Semak Amanah Saham Berhad ( ASB ) Secara Online Melalui Portal MyASNB
  • Cara Mudah Pembayaran Bil Digi Online
  • Susah Close Sale Bisnes Online? Ikut Langkah Simple Close Sale Guna WhatsApp
  • Cara Beli Barang Online Di Lazada Malaysia
  • Kelebihan Chia Seed Untuk Kesihatan & Diet Harian
  • Cara Mudah & Paling Cepat Renew SSM – Kiosk Ez Biz SSM dan Online

RSS Resepi Menarik

  • Resepi Mee Goreng by RESEPIADIK
  • Resepi Cucur Labu Sedap
  • Resepi Kuih Sagu Kelapa Parut
  • Resepi Sotong Celup Tepung Bestari
  • Resepi Kek Basque Burnt Cheesecake

Pilih Arkib

Pilih Kategori

PRODUK UNTUK DIJUAL

Minyak Enjin Kereta Terbaik

Anak Pokok Limau Nipis

Anak Pokok Betik Sekaki

Susu Kambing Segar Dari Ladang

Susu Lembu Segar Dari Ladang

Chia Seed Murah & Organik

ANDA PERASAN BLOG INI LAJU?

Hosting yang disarankan adalah [1]. Rakan kerjasama Laman Rujukan Kerjaya & Minyak Enjin XRA Power

Hakcipta Terpelihara © 2022 SyahrilHafiz.comยท Kembali ke Atas