• Utama
  • Biodata
  • Hubungi
    • Pengiklanan
  • Dasar Privasi
  • Peta Laman
    • AMP Sitemap

SyahrilHafiz.com

Malaysian Blogger

  • SEO
  • WordPress
  • Info
  • Agro
  • Apple
  • Windows
    • Ubuntu
  • Google
  • Android
  • Perniagaan
  • GST

You are here: Home / Baca Ini / Tolong klik iklan tu!!!

Tolong klik iklan tu!!!

January 5, 2011 oleh Syahril Hafiz74 Comments

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Terdetik pula hari ni nak buat entri macam ni, walaupun dah draft tajuk sebelum ni. Apa kes kalau letak iklan , pengunjung tak berminat nak klik. Baik tak payah letak sebarang ads la kan, kalau dalam blog ni berlambak-lambak iklan yang ada. Untuk kali ni,aku nak kongsi, sedarkah kita iklan yang berlegar-legar di blog hanya sekadar syok sendiri je :mrgreen:

Buat pengunjung yang tak tahu menahu tentang apa dan kenapa banyak sangat iklan yang tersedia dalam sebuah blog itu. Sekejap lagi aku bagitau. Seperti sedia maklum, korang sebagai pembaca sedar tak hanya dikalangan kita je yang rajin klik mengklik atas usaha yang kita lakukan selepas berpenat lelah blogwalking.

Itu dinamakan usaha tu, bukan sekadar letak iklan je, dapat pendapatan “goyang kaki”. Blogger pun kena usaha keras juga la seperti mana kerja seharian kita. Tak percaya tanya penulis blog lain? Itulah yang nak dimaksudkan dimana kita nampak banyak blogger buat entri tentang pendapatan melalui blog, buffer earning yang dapat, pembaca dan penulis blog berpusu-pusu nak letak iklan dalam blog yang makin meningkat dan sebagainya.

Sedarkah kita, yang blog ini hanya sebuah laman sesawang yang menyalurkan maklumat kepada pembaca. Aku yakin ramai yang menggunakan platform blogging untuk mempromosikan produk, hasil jualan dan perniagaan melalui ini. Jangan kita niat untuk buat blog hanya untuk mencari pendapatan blogging semata-mata dengan hasil yang cilok hasil titik peluh orang dan tipu pembaca dengan keyword palsu. Affan ada buat pasal entri ni, sila klik pautan ini.

Mungkin sesetengahnya memang ada, dimana laman sesawang ini hanya bermotifkan wang sebagai menjana pendapatan pertama. Tapi apa yang aku dapat maklumat, sesetengahnya berat tangan untuk memberikan satu klik kepada iklan tersebut sepertimana penulis blog berhempas pulas mengemaskini entri bagi faedah bersama. Percayalah, aku blogging bukan kerana duit. Dan blog ni bukan untuk mainan. Fikir-fikirkanlah. Apa pulak kata korang?

Aha-ha, ni aku dapat taw dari membe, tak tahu la apa pulak kata korang semua :mrgreen:

Artikel Berkaitan:

Filed Under: Baca Ini, PersonalTagged With: blog iklan, buffer earning, iklan bersepah, iklan di blog, iklan klik, iklan perniagaan, nuffnang income, pembaca dan penulis blog, pendapatan blog, pendapatan melalui iklan

NAK TAHU TEKNIK PEMASARAN DI INSTAGRAM 2019?

Daftar sekarang untuk dapatkan Preview Copy PERCUMA teknik pemasaran No. 1 di Instagram.

About Syahril Hafiz

Pengasas blog SyahrilHafiz.com. Suka bertani & web enthusiast yang bercucuk tanam di laman maya. Jika anda ingin upah blogger untuk produk laku keras anda hubungi saya di halaman Pengiklanan. Biodata penuh tentang Penulis


Comments

  1. faisunan.com says

    March 17, 2011 at 9:27 pm

    niat aku nak tunjukkan hasil jika boleh berblog.. maklumlah.. persekitaran tempat kerja aku ni ramai yang tak tahu fungsi utama internet.. jadi aku ajarlah diorang blog.. pastu diorang tanya.. apa yang dapat dengan blog.. aku jawablah.. boleh kongsi cerita.. boleh dapat duit…. tapi sungguh.. bila tak da balasan.. diorang tak nak berblog.. remaja sekarang suka habuan agaknya..

    Reply
  2. kira says

    January 12, 2011 at 12:16 am

    baru je nk berjinak…..best gak blogging ni ๐Ÿ˜›

    Reply
  3. mijie says

    January 7, 2011 at 5:05 pm

    hahaha aku tergelak je baca tapi ada point yg dinyatakan…pada aku iklan tu mcm mencantikkan blog, then untuk iklan yg dibuat sebagai pendapatan tambahan, paling kurang boleh menampun kos server, internet kat umah dan sebagainya..

    tentang orang nak klik ataupun tidak, ikut suka mereka la, nak klik tak nak klik kuasa di tangan mereka…

    Reply
  4. Mohd Isa says

    January 7, 2011 at 4:45 pm

    aha…jom kita wat team klik2 balik nak…haha…ada gak yg klik2 nnt…:)

    Reply
  5. .encik.SEDAP.โ„ข says

    January 7, 2011 at 3:26 am

    dulu blogging sebab ingin tahu. pastu syok pulak menulis. sekarang amik kira pendapat audiences.

    duit tu x penah ambil pusing langsung. tapi ada tu, syukur lah. ๐Ÿ˜ฎ

    Reply
  6. akubiomed says

    January 6, 2011 at 10:42 pm

    Kalau ada advert boleh tampung duit domian dan hosting. Kala ada lebih kira bonus ๐Ÿ™‚

    Reply
  7. Kakcun says

    January 6, 2011 at 9:02 pm

    tabiat ni memburukkan nama
    blogger Malaysia. ๐Ÿ˜ณ

    Reply
  8. Kakcun says

    January 6, 2011 at 8:56 pm

    sebelum tak pernah dengar pasal
    geng klik iklan nuffnang.

    Reply
  9. RedBoys says

    January 6, 2011 at 3:34 pm

    betul tu. tapi aku takde buat zaman jahiliah dulu. haha.

    Reply
  10. Aretikz says

    January 6, 2011 at 10:22 am

    Hai, pease klik my adverts, thank you..

    Pergh ~pengaruh dekat komen atas la ni.. haha.. duit itu sampingan.. yang penting. perkongsian.. kongsi duit? errrr… hehe..

    Reply
  11. fendidahada says

    January 6, 2011 at 9:23 am

    aku join sebab nak meriah dunia blogging…sambil2 kongsi pendapat dan ilmu yang ada…nuffnang tu memang ade berharap..tapi takdelah sampai giler2 kejar trafik..maybe harini orang tak baca blog kita…tapi sok lusa manatau ada orang mencari apa yang kita tulis..huhu…

    aku pun rasa..one day reference website akan keluar website/blog orang tempatan dalam assignment pelajar ipt akan datang…really hope that ๐Ÿ™‚

    Reply
  12. deCrewz says

    January 6, 2011 at 3:25 am

    Mula2 dulu guna blogspot.. Kjar duit tu sbb tgk org buat blog boleh buat duit.. Tapi realitinya bila buat semata2 kerana duit sahaja, entry dalam blog confirm lingkup.. Lama2 jumap identiti sendri guna WP selfHosting cari identiti sendiri.. Bak kata Mr. Z la, zaman2 jahiliah dulu…hu3

    Reply
  13. arrizz says

    January 6, 2011 at 1:55 am

    aku sengaja letak iklan kat blog aku..memang niat nak cari income gak..tapi aku tak kejar sangat income tue..just untuk suka2 (boleh terima tak alasan nie? hehe)..generate duit sikit2 jer..kalau dapat, dapatlah..kalau tak, aku ok jer..hehe..lagi satu, at least bila member tanya aku dapat apa buat blog nie..ada juga la jawapan aku nak cover..haha

    Reply
  14. tengkorak emas says

    January 6, 2011 at 1:33 am

    kalau sampai suruh org klik atau persuade org utk klik takut shubhah pula hasil blogging tu, so biarlah org tu sendiri suka hati dia nak klik mana2 iklan menarik

    Reply
  15. Izwan says

    January 5, 2011 at 11:53 pm

    aku agak2 blur gak entri ko nie tapi aku cuba pahamkan melalui komen2.. hehe.. sikit niat tu pasal duit mesti ada pnyelah.. dengan minyak naik lagi mana mungkin org tak cari alternatif lain utk generate income.. tapi kalau sebab utama utk buat duit, kena selari ngan niche blog.. blog personal cam aku nak buat duit gila2 tak sesuai kot.. kalau blog memg untuk promosi barang, berniaga memg boleh pulun utk buat duit.. pada aku okey je buat duit ngan blog tapi ikut kategori blog tersebut.. ๐Ÿ˜Ž

    Reply
  16. wazy says

    January 5, 2011 at 11:22 pm

    Aku berblogging kerana minat
    dalam blog la aku berkongsi pelbagai perkara
    tapi setakat ni pendapatan dari blog seiring dengan minat aku
    dah rezeki tak kemana la kan

    Reply
  17. RozaniGhani says

    January 5, 2011 at 11:01 pm

    aku prefer main game mmorpg. buat id sampai 2-3 tiap2 bulan, pastu jual id tu. cukup 6 bulan, laptop jahanam sebab jarang off. ๐Ÿ˜ˆ

    Reply
  18. emancloud says

    January 5, 2011 at 6:57 pm

    ha ah kene keje keras jugak en takkan goyang kaki jek.

    Reply
  19. MDHAFiZ.NET says

    January 5, 2011 at 5:33 pm

    betul tu… blogger pun kenalah usaha jugak .. belajar pasal trafik..adsense dan sebagainya..
    jgn buat blog sekadar nak duit saja..

    Reply
  20. Ali ridha says

    January 5, 2011 at 4:44 pm

    paling aku pelik ni.
    satu blog aku.hingga
    hujung tahun.duit masuk.

    Reply
    • MDHAFiZ.NET says

      January 5, 2011 at 5:37 pm

      apa maksudnya bro??
      klu blog aku ada 1 je… 1 lg blog terbiar utk bu eksperimen…
      website ada 2..
      tp income masuk tetap jugak setahun nak kena tunggu bro… ilmu x cukup lg didada..
      cemburu gak tengok ada blogger dpt income bulanan..haiz…..

      Reply
  21. Ali ridha says

    January 5, 2011 at 4:21 pm

    maaflah nak suruh aku
    klik iklan hang.

    Reply
  22. azizan4444 says

    January 5, 2011 at 4:03 pm

    blog aku xde entri menarik..tp bila letak iklan2 tu makin menarik blog aku..ramai org minat..haha..3 4 mggu 2 hggt naik utk nuffnang..apa ada hal..?hahaha.

    nak car ik iklan kt blog ni jap.kekeke

    Reply
  23. Ismail N says

    January 5, 2011 at 3:43 pm

    Ramai yg start blogging bukan kerana duit tetapi sebagai manusia kita akan curious bg mana org lain menjana duit dari blog masing-masing. Maka kita terpanggil dan mencuba sendiri. Bila dah terima payment pertama, jadi syok pulak.. ๐Ÿ™‚

    Reply
  24. fitri says

    January 5, 2011 at 3:38 pm

    alah duit bukan boleh bawak masuk kubur pun…tapi boleh la buat isi minyak motor full tank..hahaha ๐Ÿ™‚

    Reply
    • Pejuang Kesenian Extreme says

      January 5, 2011 at 9:15 pm

      Aku separuh tank pun tak lepas lagi..haha

      Reply
  25. sollehahn says

    January 5, 2011 at 1:31 pm

    skang ni blog wujud macam cendawan tumbuh lepas hujan…tapi kebanyakannya hanya mengejar balasan/bayaran….

    Reply
    • Ali ridha says

      January 5, 2011 at 11:08 pm

      semua harap balasan/bayaran untuk diri
      sendiri.

      Reply
  26. ZE says

    January 5, 2011 at 12:51 pm

    selalu sangat blogger kata “berblogging bukan kerana duit”

    kalau bukan kerana duit kenapa letak iklan??

    sepatutnya kata “aku berblogging sambil menjana duit”, walaupun duit tak berapa nak dapat..

    Reply
    • Affan says

      January 5, 2011 at 12:53 pm

      ada dua.

      satu yang memang niat die nak berkongsi, jadi letak iklan tu sebagai sampingan, kalau ada, ada. kalau takde, takde.

      satu lagi, cakap je taknak buat duit, tapi berblog macam orang keje fulltime lol

      Reply
      • Syahril Hafiz says

        January 5, 2011 at 1:11 pm

        LOLX…aku suka statement si affan ni
        terbaik!! pandai2 lah korang nilai macam mana..
        ni nak tampung blog ni je.. :mrgreen:

        Reply
        • RedBoys says

          January 6, 2011 at 2:44 pm

          terbaiklah affan.
          yeah. ๐Ÿ˜ˆ

          Reply
      • Naisophon X says

        January 5, 2011 at 1:51 pm

        Aku ingat si afffan ni pernah buat entri – paradoks nuff dgn advertlets? kan?

        Reply
    • Ezany-Kun says

      January 5, 2011 at 11:32 pm

      setuju.. dulu2 memang aku berblogging bkn kerana duit.. dah lbh setahun berblogging baru pasang nuffnang.. pastu innity.. kiranya skang ni aku berblogging sambil menjana duit la.. walaupun tak seberapa.. hehe..

      Reply
      • dnoBiz says

        January 9, 2011 at 3:56 pm

        Itu la yang sepatutnya pada pendapat aku ๐Ÿ˜€
        Ps :tujuan asal kita tu yang penting

        Reply
  27. ST says

    January 5, 2011 at 12:29 pm

    err…. gua kurang jelaslah entri neh. huhuhu.

    Reply
    • Syahril Hafiz says

      January 5, 2011 at 12:34 pm

      ah g33k aku faham.. :mrgreen:

      Reply
      • Affan says

        January 5, 2011 at 12:51 pm

        adakah ko pun dah pandai menulis tips nakal macam aku. ๐Ÿ˜†

        Reply
        • Syahril Hafiz says

          January 5, 2011 at 1:12 pm

          ah, nakal tu ko je
          aku ni baik macam ST… ๐Ÿ˜‰

          Reply
          • ST says

            January 6, 2011 at 2:27 pm

            haha…. perghh. gua dicop baek siot.

          • RedBoys says

            January 6, 2011 at 2:42 pm

            aku tak baikkan. takpe2.

            affan suka bg tips nakal2. haha.

  28. TheSharkox says

    January 5, 2011 at 12:25 pm

    dulu2 memang blogging pasal duit..sekarang tidak lagi…hehehe

    Reply
    • Syahril Hafiz says

      January 5, 2011 at 12:36 pm

      hooyeah..
      bro paling hensem nampak gaya dengan statement ni ๐Ÿ˜€

      Reply
  29. Anwar Osman says

    January 5, 2011 at 12:20 pm

    Ini entry mohon visitor click iklan ke?

    Reply
    • Syahril Hafiz says

      January 5, 2011 at 12:32 pm

      ๐Ÿ˜ˆ ๐Ÿ˜ˆ
      tak pun, suruh buang iklan lagi ada la ;D

      Reply
      • hafizmd says

        January 10, 2011 at 5:16 pm

        hehe…tajuk ada makna tersirat tu…hehe

        Reply
  30. nasih says

    January 5, 2011 at 12:11 pm

    yang dapat visitor beribu riban, boleh la nak apply innity. aku yang seciput ni, setakat pakai nuff ads. itu pun susah jugak nak dapat earning. ads tu cuma sampingan, kalau ada rezeki ada la kan.

    sekarang ni aku buat projek fotografi sampingan dengan kengkawan sekampus. after a certain period, ada la sikit nak kena bayar dorang kan? takkan nak free je? so kena la keluar modal dulu, sebab nak tunggu hasil dari nuff ads berbalik, hmmm.. bertahun laa, kalau tak berbulan sebab yang tak tekan ads tu tak ramai. nak tunggu BE, 3 bulan pun belum tentu dapat.

    Reply
    • Syahril Hafiz says

      January 5, 2011 at 12:37 pm

      itu namanya perlukan kesabaran
      bukan letak2 je beriban dapat..
      usaha tu penting ok.. ๐Ÿ˜‰

      Reply
  31. fairus says

    January 5, 2011 at 12:07 pm

    Setuju2.. ๐Ÿ™‚

    Reply
    • Syahril Hafiz says

      January 5, 2011 at 12:40 pm

      ๐Ÿ˜‰
      bagus la..

      Reply
  32. zik says

    January 5, 2011 at 12:07 pm

    the blogger need to push up the great entri… to maintain the traffic n reader… if they interested with the advertisement.. automatically will click.. no offense, to invite them to click them our advertisement…

    Reply
    • Syahril Hafiz says

      January 5, 2011 at 12:42 pm

      wow, i see, anyway i agree with this comment..
      more powerful like aumm.. :mrgreen:
      hurm, great comment, practice in BI ke? LOL

      p/s aku je tak mampu nak buat entri BI..;D tapi nantikan

      Reply
      • Affan says

        January 5, 2011 at 12:50 pm

        hi my name is affan, i like to spam here.

        betul ke english aku. huhu

        Reply
        • Syahril Hafiz says

          January 5, 2011 at 1:14 pm

          ๐Ÿ˜ˆ ๐Ÿ˜ˆ
          tunggu backattack akan menyusul..
          i like it ok!! :mrgreen:

          Reply
          • RedBoys says

            January 6, 2011 at 2:27 pm

            haha. lawak betul si affan ni. like spam here yeah? haha. aku suka gak spam sini.

        • Ali ridha says

          January 5, 2011 at 4:47 pm

          look at my Teh Tarik school.
          i was hungy today.
          you just check out
          my advert timun. :mrgreen:

          aku ni spammer ke.

          Reply
          • hafizmd says

            January 10, 2011 at 5:10 pm

            mana ada spam camni…kalau spam ayat komen dia lebih kurang camni “jom beli ubat kuat…nescaya mujarab”…. :mrgreen:

        • Izwan says

          January 5, 2011 at 11:43 pm

          ” nice entry ” – mari mengenal ciri2 komen spam ?.. ye tak affan ?.. ๐Ÿ˜†

          Reply
  33. Affan says

    January 5, 2011 at 11:57 am

    innity pun lmbt loading, tapi aku nak try dapatkan. susah tu nak apply.

    Reply
    • Syahril Hafiz says

      January 5, 2011 at 12:03 pm

      sama je kot semua. ๐Ÿ˜ˆ
      bagus ar, tapi aku belum open source nak buka utk iklan lain ;D

      Reply
    • MR.Z says

      January 6, 2011 at 11:33 pm

      aku yang dah ada innity pun mcm pakai tak pakai je iklan..
      buat lambat load blog.. haha

      Reply
      • hafizmd says

        January 10, 2011 at 5:08 pm

        aku terus dah lupa dah…kejam tak aku?

        Reply
    • Amirez says

      January 8, 2011 at 1:31 pm

      aku pun tengah usaha nak dapatkan innity tapi macam jauh sangat je huhu

      Reply
  34. MR.Z says

    January 5, 2011 at 11:50 am

    zaman jahiliah aku pakai blogspot dulu pernah la terjebak dengan perkara ni, sekarang tidak.. haha.. iklan innity ak pun banyak dah buang, buat berat blog je nak load… :mrgreen:

    Reply
    • Syahril Hafiz says

      January 5, 2011 at 11:52 am

      :mrgreen: :mrgreen:
      zaman jahilliah? mak aii..hehe
      bagus la macam tu, sama2 load laju…

      Reply
      • Pejuang Kesenian Extreme says

        January 5, 2011 at 9:09 pm

        Zaman Jahiliah??
        haha..
        sama la kita..tapi 2 bulan pertama je..
        lepas tu aku dah tak pikir pasal duit dah..
        hanya pikir pasal kepuasan menulis je..

        Reply
        • tengkorak emas says

          January 6, 2011 at 1:30 am

          aku lagi suka panggil zaman kegelapan XD

          bab kepuasan menulis tu memang feeling habis woo..

          Reply
          • Pejuang Kesenian Extreme says

            January 9, 2011 at 6:52 am

            ok la..kita tukar zaman kegelapan..zaman yang time tu kita tak dapat hidayah lagi..hehehe

    • RozaniGhani says

      January 5, 2011 at 10:59 pm

      ayat best “zaman jahiliyiah”. tiap2 orang ada zaman jahiliyiah masing-masing.

      Reply
      • suri says

        January 9, 2011 at 2:20 am

        apalah korang ni baik cakap zaman batu TERUS HOOO

        Reply
      • dnoBiz says

        January 9, 2011 at 3:54 pm

        Tanpa zaman jahiliah tiada la zaman Ilmiah ๐Ÿ˜€

        Reply
        • hafizmd says

          January 10, 2011 at 5:07 pm

          ini bukan zaman paleolitik lagi kan? :mrgreen:

          Reply

Trackbacks

  1. Nuffnang digantikan Adverlets, Itulah kesudahannya. | SyahrilHafiz.Com says:
    March 12, 2011 at 11:37 am

    […] bernyala. Pelik?ย  Jadi penyelesaian kepada ini, jadi aku letak la iklan Advertlets yang dikatakan klik baru dapat earning. Kita tengok saja selepas ini aku review mengenai iklan Adverlets […]

    Reply
  2. Tweets that mention Tolong klik iklan tu!!! | SyahrilHafiz [Dot] Com -- Topsy.com says:
    January 5, 2011 at 12:53 pm

    […] This post was mentioned on Twitter by Sumber Terbuka. Sumber Terbuka said: RT @CaenZ: Tolong klik iklan tu!!! http://selangorbloggers.com/read/14685 […]

    Reply

Leave a Reply to Syahril Hafiz Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

NAK TAHU TEKNIK PEMASARAN DI INSTAGRAM 2019?

Daftar sekarang untuk dapatkan Preview Copy PERCUMA teknik pemasaran No. 1 di Instagram.

Tentang Penulis

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Syahril Hafiz. Follow saya di Media Sosial
SyahrilHafiz.com
  • Facebook
  • Google+
  • Instagram
  • LinkedIn
  • Pinterest
  • Twitter
  • YouTube

Mesti Baca



Artikel Terbaru

  • 3 Tips Terbaik Membeli Di Shopee, Lazada & 11Street.my Jualan Murah
  • 5 Langkah Mudah Renew Kad KTM I-Card Student Secara Online
  • 7 Pemasaran Instagram – Cara Buat Duit Online Letupkan Jualan Di Instagram!
  • DIY Cara Tukar Air Radiator Kereta Kancil
  • Cara Semak Amanah Saham Berhad ( ASB ) Secara Online Melalui Portal MyASNB
  • Cara Mudah Pembayaran Bil Digi Online
  • Susah Close Sale Bisnes Online? Ikut Langkah Simple Close Sale Guna WhatsApp
  • Cara Beli Barang Online Di Lazada Malaysia
  • Kelebihan Chia Seed Untuk Kesihatan & Diet Harian
  • Cara Mudah & Paling Cepat Renew SSM – Kiosk Ez Biz SSM dan Online

RSS Resepi Menarik

  • Resepi Cucur Labu Sedap
  • Resepi Kuih Sagu Kelapa Parut
  • Resepi Sotong Celup Tepung Bestari
  • Resepi Kek Basque Burnt Cheesecake
  • โ™ฅ๏ธResepi Cucur Udang

Pilih Arkib

Pilih Kategori

PRODUK UNTUK DIJUAL

Minyak Enjin Kereta Terbaik

Anak Pokok Limau Nipis

Anak Pokok Betik Sekaki

Susu Kambing Segar Dari Ladang

Susu Lembu Segar Dari Ladang

Chia Seed Murah & Organik

ANDA PERASAN BLOG INI LAJU?

Hosting yang disarankan adalah [1]. Rakan kerjasama Laman Rujukan Kerjaya & Minyak Enjin XRA Power

Hakcipta Terpelihara © 2021 SyahrilHafiz.comยท Kembali ke Atas