Tutorial Cantikkan Terminal Di Ubuntu ANDA Dengan Welcome Message

Kacakkan, cantikkan, customize dan gayakan terminal di Ubuntu anda dengan Welcome Message yang sedia kita lihat di distro Linux Mint. Susah betul nak cari tajuk yang sesuai, tapi biar lah, kita bolos saja tutor ini. Seperti sedia kita lihat nun gambar diatas entri ini, saya customize terminal agar kelihatan lebih geek.

Sejak Ubuntu 12.04 LTS Precise Pangolin mula dilepaskan kepada umum, eh tetiba rasa nak stay dalam sistem operasi ini pulak. Serius best! Tak percaya cuba la.hehe. Kita teruskan dengan tutorial cantikkan terminal di Ubuntu anda samaada Ubuntu 12.04 LTS atau sebelumnya.

Oh ya! Customize terminal kali ini menggunakan Figlet dan Cosway. Memang menarik sebab banyak gambar, font dan lain-lain untuk edit. Biar nampak hekes sikit #LOL

Langsung klik Terminal di Unity launcher, kemudian masukkan command dibawah

sudo apt-get install figlet
sudo apt-get install fortune cowsay

Selepas dah install itu, kita teruskan dengan mengedit .bashrc dengan memasukkan command dibawah di terminal ;

gedit .bashrc

Hasilnya seperti di gambar diatas, anda scroll sampai ke bawah dan masukkan “kata” , “gambar” seperti yang diinginkan contohnya

cowsay -f www “Mov3 Lik3 J4gg3er, Shit It’s P4ngolin!”
figlet -f smslant “Syahril Hafiz Kacak”

Kacak? Hehe dan teruskan Save atau Ctrl + S. Tutup terminal dan lihat perubahannya. Untuk penerangan lagi, anda boleh menukar ;

www = kepada gambar di terminal yang anda kehendaki, lihat di cd /usr/share/cowsay/cows/

-f = ini adalah font

smslant = boleh diganti dengan font yang sedia ada, lihat di cd /usr/share/figlet

Selamat mencuba, senang trick ini. Kalau masih tidak faham, sila ajukan diruangan komen.

Agak – agak entri sebegini boleh jadi Top 10 Google tak? 😀

Syahril Hafiz: Pengasas blog SyahrilHafiz.com. Suka bertani & web enthusiast yang bercucuk tanam di laman maya. Jika anda ingin upah blogger untuk produk laku keras anda hubungi saya di halaman Pengiklanan. Biodata penuh tentang Penulis

Lihat Komen (9)