Tutorial Flashing Android KitKat 4.4.2 (CyanogenMod 11) Samsung Galaxy S3 Mini

Bagi pengguna yang inginkan mengemaskini Android KitKat 4.4.2 (CyanogenMod 11) di Samsung Galaxy S3 Mini, sila ikuti tutorial dibawah yang telah disediakan. Setakat ini keluarga Samsung Galaxy peringkat pertengahan (mid -range) belum mendapatkan kemaskini rasmi daripada Samsung, jadi salah satu caranya adalah dengan flashing custom rom kedalam Samsung anda.

Tutorial Install Android KitKat 4.4.2 Samsung S3 Mini

1. Pertama sekali install terlebih dahulu CWM (ClockWorkMod) atau TWRP Samsung Galaxy S3 Mini. Sila baca cara install CWM di XDA Forum.

2. Muaturun data file .zip CyanogenMod 11 dan Google Apps untuk Android KitKat 4.4.2 disini.

3. Copy kedua file CyanogenMod11.zip dan Google Apps.zip ke dalam SD Card

4. Off phone anda, tekan VOL + & HOME & POWER button selama 5 saat untuk boot masuk kedalam CWM atau TWRP

5. Install file .zip di SD card > Wipe User, Cache & Dalvik Cache. Kemudian reboot.

6. Reboot semula dan boot masuk semula untuk install GoogleApps.zip. Ulang langkah yang sama kemudian reboot.

7. Selesai! Kini Samsung S3 Mini anda dikuasakan oleh Android KitKat 4.4.2 CyanogenMod 11.

Selamat mencuba pengguna Samsung Galaxy! 🙂

Syahril Hafiz: Pengasas blog SyahrilHafiz.com. Suka bertani & web enthusiast yang bercucuk tanam di laman maya. Jika anda ingin upah blogger untuk produk laku keras anda hubungi saya di halaman Pengiklanan. Biodata penuh tentang Penulis