Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia .
Pengguna Linux, Ubuntu, Fedora, Linux Mint atau Open Suse? Nak cantikkan dekstop anda dengan conky yang terbaru dan baik punya. Cool beb! Disini saya akan tunjukkan cara-cara memasang Conky Lua yang terbaru dari ladang Tux. Tanpa melengahkan masa, tutor ni memerlukan masa yang lama untuk dihayati dan fahami betul-betul. Kerana apa? Tengok gambar bawah~
Kerana selepas tu anda akan tergaru-garu kepala samaada ini boleh dipasang kedalam Windows ke tidak? 😆 . Pengguna Windows, korang boleh cuba Rainmeter dan Windows Blinds untuk sesi mencantikkan desktop kegemaran dengan widget disediakan. Oklah, berbalik pada 1st step untuk pasang conky ni, korang perlulah install terlebih dahulu ??
1. Conky
Buka terminal > taip sudo apt-get install conky
atau buka Ubuntu Software Center > taip Conky
2. Muaturun Conky Lua
3. Buka Home Folder > buat satu folder baru dengan namakan folder tersebut .conky dan copy gambar(png) Ubuntu, Linux Mint , Open SUSE dan Fedora ke dalam folder tersebut.
4. Dalam Home Folder > buat satu folder baru lagi dan namakan folder tersebut .lua dan masuk kedalam folder .lua tersebut > buat satu folder lagi, namakan scripts dan kemudiannya copy clock_rings.lua file dalam folder yang telah diekstrak tadi masukkan dalam folder scripts ini.
5. Copy conkyrc ke dalam Home Folder > namakan semula conkyrc kepada .conkyrc
6. Untuk setkan cuaca di kawasan korang, klik pautan berikut @weather.noaa.gov dan cari bandar korang. Contohnya
URL tunjukkan sebegini ( tempat dimana menunjukkan kawasan saya sekarang): http://weather.noaa.gov/weather/current/WMKD.html – copy kod url dibahagian akhir (Contoh WMKD untuk Kuantan) dan didalam ~/.conkyrc file, gantikan “LQBK” dengan kod tempat korang.
Save file!
7. Masuk terminal dan taip Conky. Selamat mencuba………………
terbaikla conky ni… simple dan cun… tq2 bro
sama2, aku guna ni sekarang cukup puas hati la..hehe
selama ni aku ada masalah sikit
guna linux mint.setelah sekian lama,
semua nampak elok je.
kita kena cari maklumat dahulu.
sebelum berleter.
Destop sedia aku nak cukup kot.
takut berat pula nanti.
ehhe, betul tuh, lagi pun ni ringan je bro
cuba la, memang lawa
Haaa aku bookmark dulu yer
bereh-bereh~
terbaiklah, baru settle buat…erk, klu restart nak kena masuk terminal balik ke utk up?
aku pun baru je post pasal conky…tapi conky yg lain la…. 😀
wah, sama pun tak kisah kan? hehe
meter dia dah berubah ek. kalau dpt tengok fullscreen snapshot, lagi menarik 🙂
ada, klik je untuk zoom.hehe
Walawe… baru aku ingat, aku dah lama tak bukak Ubuntu aku. Asyik main windows jer.
Bagus ni.. nak cuba lah.
widget ni tak beratkan destop kita ker hee..
tak pun, mudah je nak install heee