Tutorial Official CyanogenMod Samsung Galaxy Mini ( Nightly Builds )

Kini pengguna Samsung Galaxy Mini boleh merasai Official CyanogenMod (Nightly Builds) untuk peranti Android anda. Kesimpulan dari saya mengenai Nightly Builds ini boleh dikatakan ianya lancar(smooth) dan banyak penambahbaikan yang diterapkan dalam custom rom ini. Nightly Builds CyanogenMod Samsung Galaxy Mini ianya 100% dari CyanogenMod source selepas digabungkan. Jadi nak dikatakan kekurangan yang ada pada Official CyanogenMod ini amat tidak ketara (bug). Jom teruskan langkah seterusnya ikuti tutorial ini.

Tutorial berkaitan : Unofficial CyanogenMod 7.2.0 RC5.3

Flash Clockworkmod Recovery ( CWM)

Jika anda pengguna baru Samsung Galaxy Mini dan ingin flash Official CyanogenMod, anda boleh lihat di pautan berikut cara – cara untuk flash @https://syahrilhafiz.com/blog/tutorial-cyanogenmod-7-2-0-rc5-3-samsung-galaxy-mini.html

Flash Official CyanogenMod ( Nightly Builds)

1. Muaturun .zip Official CyanogenMod

Muaturun update-cm-7.2-02072012-NIGHTLY-GalaxyMini-signed.zip

2. Letak file .zip diatas di SD Card dan Reboot Phone ke Recovery Mode ( tekan Middle Key + Power Key )

3. Guna navigasi volume UP dan DOWN dan Enter tekan Middle Key.

4. Klik pada install zip from sd > choose zip from sdcard dan pilih file update-cm-7.2-02072012-NIGHTLY-GalaxyMini-signed.zip dan ENTER.

Untuk kesemua proses install pilih “YES”

5. Klik pada wipe data/factory reset dan tekan Middle key untuk Enter + Klik pada wipe cache partition dan tekan Enter.

6. Setelah proses selesai klik pada reboot system now.

Screenshot Official CyanogenMod Samsung Galaxy Mini (Nightly Builds)

Untuk sebarang pertanyaan, boleh diajukan diruangan komen dan sebarang kemaskini Official CyanogenMod Samsung Galaxy Mini (Nightly Builds), saya akan sertakan link di ruangan artikel ini sahaja. Sila langgan artikel percuma atau LIKE Facebook untuk perkembangan selanjutnya.

" Syahril Hafiz : Pengasas blog SyahrilHafiz.com. Suka bertani & web enthusiast yang bercucuk tanam di laman maya. Jika anda ingin upah blogger untuk produk laku keras anda hubungi saya di halaman Pengiklanan. Biodata penuh tentang Penulis."

Lihat Komen (12)