Tutorial Update BIOS Komputer & Laptop ANDA

Assalamualaikum. Tinggal 1 hari lagi sebelum tibanya tahun baru 2014. Tahun 2014 tahun “kenaikan“, tapi alah bisa tegal biasa, positifkan minda dan diri serta sila bergerak seiring dengan perubahan. Itu tagline yang saya akan pegang sampai genggam bara api biar sampai jadi arang. Sejak pengenalan Windows 8 kepada umum disusuli dengan kemaskini terbaru daripada Microsoft iaitu Windows 8.1, saya mendapati komputer rumah (Dell Optiplex 960, Windows 8.1 PRO 64bit) yang digunakan mengalami masalah lag dan perlahan.

Jadi secara tak langsung terjumpa satu cara kenapa sistem operasi ini tak stabil, rupanya masalah BIOS versi lama tidak dikemaskini. BIOS atau nama lain yang dikenali sebagai Basic Input/ Output System bertujuan untuk memastikan hardware komputer berfungsi dengan baik selari dengan Windows terbaru digunakan. Itu kelebihannya! 🙂

Sekiranya anda pernah mengalami masalah overheating (laptop cepat panas) atau lain lain masalah, cuba guna tutorial update BIOS ini terlebih dulu untuk kenalpasti masalah. Tapi perlu diingatkan ;

Risiko update BIOS atas tanggungjawab anda sendiri. SyahrilHafiz.com tidak akan bertanggungjawab akibat kegagalan yang berlaku kerana kecuaian atau salah muat turun fail flash BIOS akan menyebabkan komputer & laptop rosak.

Tutorial Update BIOS Komputer dan Laptop

1. Semak terlebih dahulu versi BIOS di komputer anda > taip Run > dxdiag

2. Muaturun program BIOS mengikut model komputer di laman web rasmi. Eg: DELL, Acer, Asus dan lain – lain
3. Run program BIOS, dan flash BIOS komputer anda. *Cara yang hampir sama mengikut model komputer/laptop

4. Tahniah! Anda berjaya ikut keseluruhan artikel ini. Flash BIOS tidak banyak beza mengikut model komputer atau laptop , tetapi perlu diingatkan pastikan anda muat turun fail yang betul! Selamat mencuba… sebab ianya sangat mudah! Minta tolong pakar kalau belum berani untuk tahun 2014 😛 .

Syahril Hafiz: Pengasas blog SyahrilHafiz.com. Suka bertani & web enthusiast yang bercucuk tanam di laman maya. Jika anda ingin upah blogger untuk produk laku keras anda hubungi saya di halaman Pengiklanan. Biodata penuh tentang Penulis

Lihat Komen (4)