Ubuntu 11.10 : AwOken Icon Theme 2.3 Dilepaskan

AwOken icon themes, salah satu icon yang cantik selain icon Faenza untuk dihiasi di Ubuntu anda. AwOken icon theme kini mempunyai 3 versi yang berlainan icon set seperti AwOken, AwOken White dan AwOken Dark. Untuk makluman, icon theme versi ini sekarang menyokong(fully support) Unity dan Gnome Shell. Pakej PPA AwOken icon turut disediakan, dan kini memudahkan pengguna untuk kemaskini melalui Update Manager.

Paparan dari Unity

Paparan dari Gnome Shell

Install AwOken icon theme

1. Buka terminal > masukkan command dibawah

sudo add-apt-repository ppa:alecive/antigone
sudo apt-get update
sudo apt-get install awoken-icon-theme 

Command di bawah untuk customize icon theme AwOken

awoken-icon-theme-customization 

Untuk menukar ke AwOken icon theme

Buka GNOME Tweak Tool (sudo apt-get install gnome-tweak-tool) > Theme > Icon Theme > Pilih AwOken. Selamat mencuba..

Syahril Hafiz: Pengasas blog SyahrilHafiz.com. Suka bertani & web enthusiast yang bercucuk tanam di laman maya. Jika anda ingin upah blogger untuk produk laku keras anda hubungi saya di halaman Pengiklanan. Biodata penuh tentang Penulis

Lihat Komen (10)