Ulasan – Alcatel One Touch Magic

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Jenama Alcatel sinonim dengan penghasilan telefon pintar. Dari peranti berspesifikasi rendah seperti Alcatel One Touch Magic sehingga peranti berspesifikasi tinggi (Alcatel One Touch Idol X) diperkenalkan kepada umum. Kali ini saya bawakan secara ringkas, ulasan peranti bersaiz 4″ LCD untuk anda. Teruskan membaca.

Dari segi fizikal, peranti Alcatel One Touch Magic ini diperbuat daripada bahan polikarbonat (badan plastik). Walaupun saiz peranti ini nampak besar, ianya sedap dipegang dan struktur badan yang kemas. Peranti plastik yang nampak simple, tetapi dikuasa oleh Android 4.2.2 Jelly Bean & Dual Core 1.3Ghz serta RAM 512. Selain selesa untuk dipegang, peranti Alcatel One Touch Magic turut menyokong sokongan kad MicroSD.

Rupa fizikal Alcatel One Touch Magic

Muatan dalaman 4GB (Internal Storage), itu tidak menjadi masalah kepada pengguna sekiranya peranti tersebut menyokong slot MikroSD. Secara keseluruhan, peranti Alcatel One Touch Magic ini sesuai untuk pengguna BARU Android untuk memiliki harga mampu milik.

Antaramuka Alcatel One Touch Magic

Antaramuka paparan skrin utama peranti

Rekaan yang minimalis seperti Flat UI icon yang anda nampak sekarang, rekaan sebegini menjadi trend 2013 seperti iOS7 dan Windows Phone. Walaupun bateri hanyalah sebesarnya 1300mAh, tetapi sepanjang penggunaan saya amat berpuas hati dengan prestasi peranti ini berbanding dengan Samsung Galaxy Mini & Samsung Galaxy Y.

Kamera Alcatel One Touch Magic

Kamera outdoor vs indoor

Peranti bersaiz 4″ ini dilengkapi dengan kamera 3.2MP dan TIADA kamera hadapan. Fungsi tetapan kamera amat mengecewakan saya dimana rekaannya sangat simple kerana tiada tetapan lain selain Full Screen, Tap Shooting dan Mode HDR.

Nyah Kotak Alcatel One Touch Magic

Ulasan Penuh Alcatel One Touch Magic

Kesimpulannya, peranti Alcatel One Touch Magic sebuah peranti mampu milik untuk pengguna BARU yang ingin mencuba peranti daripada Android. Peranti yang berharga murah dan prestasi yang tidak mengecewakan.

Alcatel One Touch Magic dijual pada harga saranan pasaran RM399

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan peranti Alcatel One Touch Magic ini JAUH LEBIH MURAH DARI HARGA PASARAN & DIJAMIN 100% PENGHANTARAN DITANGGUNG/COD DISEDIAKAN, sila klik halaman Buy SmartPhone untuk butiran dan EMAIL kepada saya jika berminat untuk maklumat lanjut 🙂 .

Syahril Hafiz: Pengasas blog SyahrilHafiz.com. Suka bertani & web enthusiast yang bercucuk tanam di laman maya. Jika anda ingin upah blogger untuk produk laku keras anda hubungi saya di halaman Pengiklanan. Biodata penuh tentang Penulis

Lihat Komen (6)

  • Saya pengguna alcatel One Touch Magic. Saya rasa amat memuaskan dng phone image photo nya agak memuaskan, tapi bila hang ia terus pi kat menu.Itu saya leh terima yang saya x Leh terima adalah Ada sesetengah game yang tidak dapat main dalam nya,ada game yang boleh main tetapi bila lama lama dia terus keluar ke menu, x leh selfie,bateri suka panas dan habis cepat,patu line internet suka slow xda 2G,3G,4G.

    • setengah game sekarang minimum RAM mau 1GB ke atas, one touch magic 512mb shj, sesuai untuk yang baru nak berjinak dengan Android OS

  • Aku dah pakai memang ok, kalau surf website, jumpa gambar terus boleh share dengan fb, wassup and etc. but, kalau main game yang banyak pakai grafik spt MOBA game atau RPG game..bila hang ia akan terus balik kepada menu. Takde stuck