Assalamualaikum. Ish lama betul saya tak mengemaskini blog ni. Sejak Pagerank/Panda algorithm mula ‘menempelak’ blog ini secara tidak langsung mood contest Eyriqazz vs Denaihati turun sedikit sambutannya. Nasib turun 1 anak tangga dan #ituperkarabiasa. Naik turun, alah bisa tegal biasa. Pakar SEO pun ada sesetengah dari mereka site PR7 jatuh ke PR3 masih steady nampak gayanya.
Mengungkap kata -kata hikmat, tips dari Blogger NamiaCinta.com kepada blogger khusus kepada pembaca Denaihati, “Just Blogging For Yourself and Be Happy” motivasi tersebut boleh diterima untuk blogger niche personal seperti saya tidak yang lain.
Jadi kepada anda blogger diluar sana, teruskan berblogging, dan teruskan membaca artikel wajah baru Nuffnang, apa yang OK & tak OK.
Wajah Baru Nuffang : Versi OK
1. Mesra pengguna dimana Nuffnang menggunakan tema comprehensive. Untuk sedia maklum, Google sekarang sedang mengoptimakan ikon smartphone di enjin carian mereka. Ini bermakna, blog/site yang dilabelkan sebagai smartphone optimize page, site anda akan kelihatan seperti gambar dibawah. Dan Nuffnang pun kelihatannya menitikberatkan hal itu.
Sumber gambar : Search Engine Roundtable
2. Blogger Analytics – Secara peribadi, ini yang saya paling suka kerana analytic stat lebih besar dan jelas. Sesetengah blogger macam saya khususnya yang tak dapat Buffer Earning 😀 , jadi letak code Nuffnang nak tahu traffik keluar masuk blog saja kan? dan tu saya akui, ianya berfungsi nak lihat keyword semasa yang masuk dan referrals selain Clicky dan Google Analytic. heh Nuff Said
3. What’s Happening @ Nuffnang? – Yup, anda bagaikan membaca sebuah majalah online bila klik mouse kiri dan kanan. Seingat saya, setiap event yang akan berlangsung anjuran Nuffang pada tema yang lama kurang menyerlah bukan, tercorot ditepi tu dan kali ini sepertinya perkara sebegini mereka highlight kepada blogger terlebih dahulu. Boleh minta tips dengan anak emas Nuffnang seperti Eyriqazz kot, tanya samaada pi event mereka, aktif bersama Nuffnang, BE masyuk tak! Kan?
Wajah Baru Nuffnang: Versi TAK OK
1. Blog Manager – Kalau nak diikutkan, blog stat memang cukup awesome sudah, tetapi secara peribadi saya kurang gemar bila nak tukar ke stat blog lain contohnya (kalau anda banyak blog la. haha). Klik klik tak refresh pun. Huh agak kurang disitu, ke baru lagi? so buggy lulz.
Sampai disini saja OK & Tak OK, sekiranya nak menambah silakan sebab saya tak ada tips nak dapat Buffered Earning(BE) untuk anda. Selamat maju jaya didalam dunia blogging.! 🙂
Lihat Komen (35)
ok sikit dari dulu, cuma innit.nuffnang tu masih wujud lgi ke situ?
saya lebih suka graf yg dulu yg berwarna hijau tuh, lagi jelas nak tgk
Mungkin akan dikatakan OK bila dapat buffered earnings, heh ;)
lama tak jenguk nuffnang...sejak
tak pasang iklan pada blog.tapi
nampak seperti ringkas sikit dan
tak serabut sangat
aku suka bila diorang letak simple tips pasal earning tue..at least boleh jadi guideline untuk newbie nuffnangers..
betul tu, tapi BE tak de, earning ciput, malas la letak.. berat nanang
hahaha...ambun same..takde be...jadi letak nak tgk stat jer...hehe
Sy blogger baru. So, tak tau apa kelebihan nuffnang wajah baru.
Tapi stucked jugak dibuatnya bila google pasal nuffnang, ramai cakap pasal nuffnang yang lama. Macam tu jugak blog yang new interface saya guna sekarang... Ramai yang old interfaces (=.="
Aku suka yg baru...cantek,menarik,tertarik Da Bomb
saya suka wajah baru Nuffnang yang ni..
saya rasa lebih bagus ya wajah baru Nuffang ini, apa tahun ini juga akan diperbarui lagi ya...
Yang xbestnya berkaitan dengan ads code nuffnang xleh letak kat web biasa huhu.