Satu kekurangan yang saya tak suka pada pelan YES Unlimited FIZ ini adalah data kuota internet unlimited terhad pada 1Mbps sahaja. Ini bermakna jika anda seorang gamer yang tegar atau suka muatturun/ torrent tidak berapa disarankan untuk melanggan pelan YES Unlimited FIZ ini sebabnya Peer to Peer ( P2P ) tidak disediakan.
Berbeza dengan Streamyx, pakej yang dibawa oleh YES Unlimited Internet ini lebih sesuai untuk buat kerja part time dirumahย ( klik )ย sebab ianya tidak portable dan menggunakan fixed IP, maknanya jika anda berada di Kedah sekarang dan berpindah kawasan di Johor, anda perlu call YES Care untuk penukaran alamat.
[box type=”info”]Baca lagi ย : Cara Bayar Bil YES 4G Secara Online[/box]
Can I use the FIZ device in places aside from my “Intended Use Address”?
Yes. However we would not be able to guarantee coverage in your new location.
If you would like to use the FIZ device away from the “Intended Use Address”, you are required to inform Yes Care at 018-333 0000 on the change of address. Sumber : YES FAQ

YES Unlimited FIZ Speed Test
Saya dah buat Speed Test di kawasan saya, dan dapati boleh tahan juga la kelajuan dia. Okay la dari guna Maxis Wireless Home sebelum ni, rasa hampeh kot lepas habis kontrak 1 tahun. Sebab tu mood nak blogging kelaut sebab capaian internet di kawasan luar bandar ini sangat mendukacitakan! #arghmoment dengan Celcom sekarang mengenakan caj PPU untuk pengguna.
Yang pasti, apa yang menarik minat saya untuk melanggan pakej internet YES Unlimited FIZ ini bukan disebabkan kontrak selama 2 tahun! Tapi kelajuan internet iaitu untuk download speed mampu cecah 1Mbps dan upload speed mampu cecah 384 Kbps bergantung pada suatu kawasan itu.

#KeeperKatMana – Ini sangat kelakor bro
Sebaik saja guna, saya mencuba guna 4 peranti dalam sesuatu masa menggunakan pelan YES4G Unlimited Fiz ini dan hasilnya dapat PING yang tinggi namun masih boleh buka Youtube untuk play video #KeeperKatMana. ๐
Pelan YES Unlimited FIZ boleh didapati di semua kawasan di seluruh Malaysia kecuali Kuala Lumpur, Selangor & Sabah. Jadi kawasan kampung macam saya yang kabel telefon sentiasa kena curi tu elok la cari alternatif kuota internet unlimited ni selain Streamyx.
Harga Pelan YES Unlimited FIZ Berapa?
Saya bukan agen mereka untuk ceritakan kelebihan mereka ( YTL Corporation ) dengan lebih lanjut, tapi sekadar berkongsi, pelan YES Unlimited FIZ ini harganya RM 89 bulanan. Untuk pendaftaran anda akan dikenakan caj sebanyak RM 150 dan pelan internet ini aktif serta merta ( on the spot ) setelah selesai pendaftaran secara online.
Jadi baloi tak baloi, tunggu 2 tahun kemudian kalau anda nak tahu pelan YES Unlimited FIZ ini berbaloi atau tidak ok! hehe ๐ ( sebab rata – rata ISP di Malaysia ni, waktu kontrak perkhidmatan internet ok, lepas tu mula la meragam, slow bak hang! )
Panduan Import Barang Dari China Secara Online. Klik Disini !
Mari fahami Apa Itu GST?
YES ni dekat kawasan saya di area Kangkar Pulai, Johor sangatlah SLOW walaupun baru pakai sebulan.
Kalau nak tengok YouTube setakat kualiti rendah lepas lah.. Kalau HD Good Bye.
Apa pun sekarang dah setahun pakai. Bolehlah daripada tak ada internet.
Selalu jek bawa modem ke mana-mana.
Duduk KL sebulan pun tetap ada internet.
Duduk Johor dekat Pontian ngan Skudai semua ada je LINE janji kawasan tu ada coverage YES.
Masa awal-awal dulu ada juga mereka cakap, pakai di kawasan yang alamat YES itu didaftarkan sahaja, hehe.
Kalaulah kawasan Kangkar Pulai ini ada Internet Fiber memang dah lama ambil agaknya.
Malangnya sini setakat Streamyx shj paling tinggi pun.
Ha ah, saya yang guna plan YES Hero pun tak dapat 4G. Streamyx berapa MB area Kangkar Pulai ye ๐
Dulu masa mereka offer Streamyx..
Tgk harga, tgk speed, tgk limit pastu cancel terus..
Jadi tak tahu lah skrg area sini leh capai takat mana.
Webe dah buka pendaftaran hari ni.
Boleh cuba sebab unlimited jugak macam Yes Fiz tapi harga tak mesra rakyat la ๐
untuk sesape yg nk download torrent, kalo seed torrent tu tinggi, bole tukar torrent ke direct download gune website zbigz.com
saye slalu download movie torrent tukar link direct download gune website ni walaupun speed limit die 150 kbps
Boleh suggest tak plan internet terbaik untuk online game fifa..sblom ni pkai u mobile..stakat untuk you tube,fb,watsup mmg ok..tp online game keparit..bnyak lag dan lost connection..tolong suggest plan untuk online game dan harga berpatutan.tq
Unifi atau TM Streamyx. Itu yang stabil pun
salam dik sis nak tanya awk beli yes zoom ni dekat outlet mana yer?
blh info sis x.. nak beli tp dekat area pahang ni xda..semua duk pomot huddle kecik tu
cuba check dealer area Pahang di laman portal YES yang menjual YES FIZ.
Bang, saya nk terminate la fiz nii .. ade cas tmbhn tak? Mcm mne ye ?
Kalau masih dalam kontrak kena bayar penalti.. banyak jugak.. apa kata terus pi ke YES Centre.. kot boleh bayar murah.. cakap sebab munasabah contoh tiada capaian internet langsung ke, mungkin boleh dipertimbangkan.. cuba dulu, saya tak jamin ๐
Siapa yg dah taknak guna yes FIZ boleh contact sy.. Boleh deal utk sy sambung bayar. Edy 0193609933
salam bro… nampak dr review bro yes fiz n mcam ok.. tp tgk kat fb yes macam2 kena maki ngn customer… sy student tgh cari internet utk letak kt rumah sewa kt bukit beruang melaka.. yes fiz ni termasuk la jgk dlm perancangan sbb ad dalam linkungan coverage die…. speed 1mbps tu cukup la untuk search ap2… tp fiz ni support tak untuk online gaming mcm main dota sume tuh… ??
ya.. yes fiz ni macam saya tekankan diawal perenggan diatas. tak sesuai untuk gamer.. tambah2 main DotA 2 lagi ping tinggi. Sesuai untuk user yang browse/surfing internet sahaja. Yang maki2 tu saya taw pasai pa.. Yes FIZ ni satu je problem dia, on peak hour memang slow.
Kalau Bil rm2k lebih dah 5 bulan lama tak bayar, tp ada masih tambah lagi x bulan dpn? Atau stop sebab dah ad rm2k tu didenda..
Baik contact terus YES. Takut masih ada caj tertentu.
salam sharil.. saya pakai yes fiz tapi kurang laju.. cam ne nak laju internet.. call saya whaasap
kurang laju saya tak dapat nak tolong ๐
Hafiz…
Nk pncerahan bley ke guna unlimited yes ni mobile ke mana shj ?wireless ke
Ya wireless.. fixed.. bukan modem broadband seperti huddle YES tu..
Salam…saya plan nk pakai skybox kt umah…kalu guna internet plan yes fiz ni sesuai x?
Ada tanya kawan haritu di group, boleh guna.. sebab Skybox ni guna data saja, yang lain semua masih guna piring tu. Tapi kalau dapat YES line fullbar mungkin tak ada masalah kot.
As salam, dekat mana ye nak dapatkan Yes fiz ni? lagi satu, kalau download video atau update software macam mane ye?? boleh download ke? tq
Boleh dapatkan kat kedai dealer YES, outlet YES.. banyak tempat dah offer.. dan nak download tak ada masalah. boleh je, cuma tak boleh torrent
Saya tengah cari internet yang unlimited laju dan stabil sebab saya ni suka download dan streaming animeJadi rasanya Yes Fiz ni sesuai tak untuk saya.Pengguna 3 orang.
cuba tengok pakej P1 , ada pengguna di ruangan komen ni, cuba cek balik ๐
yes fiz ni tak sesuai ke untuk downloader.
dah adakah ia sesuai dengan browser/surfing je?
ha ah, kalau nak download averange speed kurang memuaskan, nak guna untuk surfing digalakkan
yes fiz boleh buka berapa orang youtube dalam satu masa tanpa buffering?
Kalau full bar mungkin boleh pergi dalam 3 – 5 orang dalam satu masa, di kawasan saya sekarang dapat 2 bar je, tapi 4 orang guna dalam satu masa masih ok
kawasan kamu youtube buffering tak kalau 2 bar
yep buffering. signal tak kuat
Assalamualaikum.. Nk tnya.. aku register modem nie kat Pahang.. malang nye aku blaja kat Kl so aku try bawak n test la.. dpt jugak internetnye.. Dipendek kan cite… terlewat bayar kne barred…
Pejam2 Celik elaun masuk.. ape lgi bayar la… status sume aktif kire selamat lgi la…
Malang nye.. langsung x dpt connect sudah… jadi kne call org yes tu nk kne tukar IP address?? *sori for long post
Belajar kat KL, malangnya…apa kata baca balik artikel diatas,
“Pelan YES Unlimited FIZ boleh didapati di semua kawasan di seluruh Malaysia kecuali Kuala Lumpur, Selangor & Sabah. Jadi kawasan kampung macam saya yang kabel telefon sentiasa kena curi tu elok la cari alternatif kuota internet unlimited ni selain Streamyx.”
Tapi nak taw lagi cepat feedback mereka, cuba contact melalui Twitter cari @YesCare
bro, kalau nak compare dengan pakej UNLIMITED broadband 2mbps daripada P1 Wimax, mana yang lebih baik ek ? Ini link dia : http://www.p1.com.my/mifi/
Ada user pakej P1 Wimax Unlimited tu komen di ruangan ini, cuba tengok balik. Bagi aku ok. 2mbps sangat ok, lagipun kontrak dia sama macam YES iaitu 2 tahun
salam, aku cuma pkei umobile..speed donlod pkei idm ley g smpei 1mbps..laju gler
Umobile dia punya line macam DiGi tak..kekadang problem kekadang tak?
untuk first time mmg kne caj 108.05 ke?atau aku kne tipu?kate 89 je?aku kne 108.05?
ha ah.. kena cas tambahan untuk 1st time. sebabnya tempoh penggunaan data yang kita guna dalam bulan yang register sebelum pengiraan bulanan rm89 tu dimasukkan kedalam 1st bill. lepas tu bill bayar macam biasa bulanan RM89. Itu info yang saya dapat lepas jadi kes macam ni. Tengok pandai kan depa cari duit kot sini. !
Salam semua, dulu saya pengguna streamyx 4mb, tapi Sekarang dah terminate sebab x puas hati line tel terputus2. Sekarang pakai Altel je. Boleh tahan jugak.
Payah jugak kan nk cari data internet yg speed dia stabil…sblom ni pkai sim celcom hulk unlimted..speed smpai cecah 5mbps..tpi xleh pkai dah…ni skrg nk cari unlimted qouta…mne yg bgus..sbb kawasan umah sy ni cble kne curi…ingt nk pkai yes tpi tgok mcm bkn unlimted jer…sy dah jnes 24jam tampa henti berinternet beryoutube….
Saya on 24 jam modem ni. Guna as wireless untuk peranti yang ada. So far nak buka Youtube, FB, Twitter ..nak layan anime tak dak masalah. Tengok time jugak Yes Fiz ni, kekadang slow nak mampus..haha tapi sabor je lah..
So hantu torrent tak di galakkan lah eh? Hm okay. Thanks. kalau boleh suggest la ape plan yg ok utk kaki download torrent. ????
Plan YES FIZ ni memang tak boleh digunakan untuk torrent pun..hmm ๐
Biasa Unifi atau Streamyx je sedap nak torrent ni, lain2 plan dari telco kuota bandwidth la punca sikit
Salam. Lepas Saya daftar dan bayar rm150, then dah terus boleh guna ke?
Sekarang ni guna celcom 3G, bukak youtube, tgok video lepas tu slow.habis kuota.. Mcm membazir je. Baik ambil Yes Fiz unlimited. Beza baru rm20… Aku suka tengok youtube.. Kira hardcore youtube… Tengah cari plan internet yg terbaik sepanjang hayat.. What do you think everyone?
kalau hardcore youtube, baik buat channel sendiri lepas tu langgan akaun google adsense dan muat-naik video sendiri macam mat lutfi tu. boleh jana pendapatan sampingan di youtube. pasif income. kekadang income dia mengalahkan orang makan gaji sebulan sebab bayar dalam matawang USD.
Ha ah lepas bayar boleh terus guna. Lagi satu untuk makluman. YES ni kekadang ada network problem sampai ambil masa satu hari. So kalau dah langgan tak boleh connect ke internet tu paham2 ja lah. Bukan selalu masalah ni, tapi dah masuk kali ke-2 saya kena ๐
Hardcore Youtube tak berapa prefer ambil plan ni sebab network tak berapa baik bila onpeak ( waktu sibuk )
Baru je daftar Yea Fiz.. .lama juga die bukak map cari pencawang kat padang.. Nasib baik area sikit kena…. Tapi bila saya bawa ke daerah lain masih boleh connect dan bukak youtube.. Atau die belum lock lagi? Orang kedai kata kalau daftar alamat tersebut boleh guna di tempat itu sahaja….
kalau bertukar negeri kena call careline YES untuk tukar IP.
Tak perlu call Yes. Setakat ni boleh dibawa kemana-mana dan boleh diguna di seluruh Malaysia selagi ada network
Oh ye ke? Tak perlu tukar IP Address? Terima kasih untuk info!
bro, camne nak msskn yes id bile nk configure yes fiz modem ni? cthnyer klu nak try mskkn yes id lain..
terima kasih
YES Id tak boleh tukar tak silap saya, sebab ada tanya seller haritu.
Kalau pasword boleh Tak?
p2p tu apa eh? tak fhm sgt… saya suka pakai streamyx.. tp susah bila outstation..
skrg pakai data celcom… cepat hbs je.. xbest dah tak ada unlimited.
dah tak tau nak pkai apa… huhu
Peer to Peer untuk yang user kuat torrent/seed/leech dll… susah nak jumpa ISP yg betul2 unlimited quota lepas tu tiada had download..Yang YES FIZ ni pun terikat kontrak 2 tahun
Yup, Yes Fiz walaupun speed cuma 1mbs, memang stable and sedap jugak utk surfing and stream youtube. Tapi sebab saye kaki game and heavy torrent menorent, x dapat la nak amik Fiz sebab Fiz tak support p2p.
Sekarang saye pakai p1wimax 2mbs unlimited..speed memang terbaik, strong signal (mungkin sebab dekat dengan tower), download torrent x hengat dunia, hari2 tgk tv3 stream je pakai internet. Bile balik kampung, modem pun bawak balik jugak. Tapi rm149 sebulan, for unlimited wireless 2mbs, paling murah la kot utk kategori ni.
Kalau fiz support p2p, dah lama register jugak. Aih
Harga untuk P1wimax 2mbps unlimited reasonable jugak tu. Terima kasih berkongsi!
Tapi untuk Yes Fiz ni kalau nak guna untuk light user spt nak buka Facebook, Youtube boleh lagi la. Nak download tu memang lambat lah sebab averange speed download 120kbps ja dapat. Maybe jauh pada tower jugak sebab dapat 2 bar je. Kalau dekat mungkin laju. Setakat ni saya guna untuk Yes Fiz ok tak problem, cuma tengahhari tu onpeak ar orang katakan. Memang slow ๐
120kbps je ke.tak dapat 1mbps?
Ha ah itu kat kawasan saya, jauh dari tower sebab dapat 2 bar je..kalau dekat mungkin download speed laju.
streaming youtube lag tak?
streaming youtube buffering tak?
tak buffering…ok je
kalau speed 120kbps/0.12mbps buka youtube buffering tak?
speed download yang 120kbps tu… buka Youtube kekadang buffering gak…
Tak betul tu. Speed maksimum dia adalah 125KBps. Perlu bezakan KB (kilobyte) dan kb (kilobit). 1Mbps (1 megabit per second) bersamaan dengan 125KBps (125 kilobyte per second). Download menggunakan byte, bukan bit. Ini gimik company nak nampak mcm internet laju, tp padahal biase2 je. Jadi, maksimum download adalah 125KBps.
Speed p1 ni ikut kawasan jugak ker…..
woah bro ! puas hati tak pakai WIMAX 2MBPS nih? sebab hajatnya nak langgan jugak. sebelum ni guna streamyx, tapi disebabkan port tempat tinggal ni penuh pulak untuk line stremyx, so terpaksa cari broadband lain plak.
kalau pakej YES FIZ ni unlimited (30GB quota sebenarnya) so, Wimax ni pulak berapa GB dia bagi kat kita?
saya guna prepaid celcom first data basic..sebulan rm68 aje dapat 4gb.. boleh tahan gak lah lajunya.. tapi sesuai dengan saya yang selalu tak lekat kat rumah ๐
Oic… celcom pun ada saya guna, tapi sini slow la.. ni yang guna lagi satu guna YES FIZ
biasa speed dapat berapa?
speed kalau guna sorang seperti dalam gambar kat atas, kalau guna banyak peranti averange speed dalam 120kbps macam tu ja..lepas la nak tengok youtube..tapi tunggu buffering la..
tempat yang aku nak..yes tak cover.
so..tak leh wat apa la..
Sudah potong YES masa bulan Ramadhan yang lepas. Tak tahan bayar mahal dan kuota cepat habis. Sekarang ini masuk Streamyx biar 24 jam on.
Yang plan Zoom punya ke? Tengok yang lain pun rasa mahal, disebabkan kat kawasan saya ni kabel telefon tak dak terpaksa guna Yes FIZ ni sebagai alternatif. Guna Maxis Wireless Home sebelum ni sangat sangat slow..
Murah betul harga dia,sayapun tengah menggunakan streamyx tapi tak lama lagi kena tukar Jaring.
Harga mencekik darah ke? semua ISP sama ja sekarang..
Sejak aku tutup akaun Streamyx hari tu sebab rumah takde infra TM, aku dah malas nak langgan internet yg jenis ada kontrak. Takut tiba2 dia buat hal, slow, takleh nak buat apa sebab terikat dengan kontrak..
Sekarang aku guna internet prepaid ONEXOX je.. Speed boleh pergi sampai 4mbps.. Cuma bukan unlimited..
Power gak ONEXOX ni, tapi line Altel kat tempat sy ni stabil, rasa macam nanti nanti la dulu tukar..ehehe
Dan tu la.. bila melibatkan kontrak ni, pandai pandai la nak hidup. Maki kalau slow pun tak guna.. ๐