Mencari Data Internet Unlimited? Pelan YES Unlimited FIZ Adalah Penyelesaiannya

Satu kekurangan yang saya tak suka pada pelan YES Unlimited FIZ ini adalah data kuota internet unlimited terhad pada 1Mbps sahaja. Ini bermakna jika anda seorang gamer yang tegar atau suka muatturun/ torrent tidak berapa disarankan untuk melanggan pelan YES Unlimited FIZ ini sebabnya Peer to Peer ( P2P ) tidak disediakan.

Berbeza dengan Streamyx, pakej yang dibawa oleh YES Unlimited Internet ini lebih sesuai untuk buat kerja part time dirumah ( klik ) sebab ianya tidak portable dan menggunakan fixed IP, maknanya jika anda berada di Kedah sekarang dan berpindah kawasan di Johor, anda perlu call YES Care untuk penukaran alamat.

Baca lagi  : Cara Bayar Bil YES 4G Secara Online

Can I use the FIZ device in places aside from my “Intended Use Address”?

Yes. However we would not be able to guarantee coverage in your new location.

If you would like to use the FIZ device away from the “Intended Use Address”, you are required to inform Yes Care at 018-333 0000 on the change of address. Sumber : YES FAQ

YES Unlimited FIZ Speed Test

Saya dah buat Speed Test di kawasan saya, dan dapati boleh tahan juga la kelajuan dia. Okay la dari guna Maxis Wireless Home sebelum ni, rasa hampeh kot lepas habis kontrak 1 tahun. Sebab tu mood nak blogging kelaut sebab capaian internet di kawasan luar bandar ini sangat mendukacitakan! #arghmoment dengan Celcom sekarang mengenakan caj PPU untuk pengguna.

Yang pasti, apa yang menarik minat saya untuk melanggan pakej internet YES Unlimited FIZ ini bukan disebabkan kontrak selama 2 tahun! Tapi kelajuan internet iaitu untuk download speed mampu cecah 1Mbps dan upload speed mampu cecah 384 Kbps bergantung pada suatu kawasan itu.

#KeeperKatMana – Ini sangat kelakor bro

Sebaik saja guna, saya mencuba guna 4 peranti dalam sesuatu masa menggunakan pelan YES4G Unlimited Fiz ini dan hasilnya dapat PING yang tinggi namun masih boleh buka Youtube untuk play video #KeeperKatMana. 😀

Pelan YES Unlimited FIZ boleh didapati di semua kawasan di seluruh Malaysia kecuali Kuala Lumpur, Selangor & Sabah. Jadi kawasan kampung macam saya yang kabel telefon sentiasa kena curi tu elok la cari alternatif kuota internet unlimited ni selain Streamyx.

Harga Pelan YES Unlimited FIZ Berapa?

Saya bukan agen mereka untuk ceritakan kelebihan mereka ( YTL Corporation ) dengan lebih lanjut, tapi sekadar berkongsi, pelan YES Unlimited FIZ ini harganya RM 89 bulanan. Untuk pendaftaran anda akan dikenakan caj sebanyak RM 150 dan pelan internet ini aktif serta merta ( on the spot ) setelah selesai pendaftaran secara online.

Jadi baloi tak baloi, tunggu 2 tahun kemudian kalau anda nak tahu pelan YES Unlimited FIZ ini berbaloi atau tidak ok! hehe 😛 ( sebab rata – rata ISP di Malaysia ni, waktu kontrak perkhidmatan internet ok, lepas tu mula la meragam, slow bak hang! )

Panduan Import Barang Dari China Secara Online. Klik Disini !


Mari fahami Apa Itu GST?

This post was last modified on April 2, 2015 9:29 pm

Syahril Hafiz: Pengasas blog SyahrilHafiz.com. Suka bertani & web enthusiast yang bercucuk tanam di laman maya. Jika anda ingin upah blogger untuk produk laku keras anda hubungi saya di halaman Pengiklanan. Biodata penuh tentang Penulis

Lihat Komen (81)

  • YES ni dekat kawasan saya di area Kangkar Pulai, Johor sangatlah SLOW walaupun baru pakai sebulan.
    Kalau nak tengok YouTube setakat kualiti rendah lepas lah.. Kalau HD Good Bye.
    Apa pun sekarang dah setahun pakai. Bolehlah daripada tak ada internet.
    Selalu jek bawa modem ke mana-mana.
    Duduk KL sebulan pun tetap ada internet.
    Duduk Johor dekat Pontian ngan Skudai semua ada je LINE janji kawasan tu ada coverage YES.
    Masa awal-awal dulu ada juga mereka cakap, pakai di kawasan yang alamat YES itu didaftarkan sahaja, hehe.

    Kalaulah kawasan Kangkar Pulai ini ada Internet Fiber memang dah lama ambil agaknya.
    Malangnya sini setakat Streamyx shj paling tinggi pun.

      • Dulu masa mereka offer Streamyx..
        Tgk harga, tgk speed, tgk limit pastu cancel terus..
        Jadi tak tahu lah skrg area sini leh capai takat mana.

        • Webe dah buka pendaftaran hari ni.
          Boleh cuba sebab unlimited jugak macam Yes Fiz tapi harga tak mesra rakyat la :)

  • untuk sesape yg nk download torrent, kalo seed torrent tu tinggi, bole tukar torrent ke direct download gune website zbigz.com

    saye slalu download movie torrent tukar link direct download gune website ni walaupun speed limit die 150 kbps

  • Boleh suggest tak plan internet terbaik untuk online game fifa..sblom ni pkai u mobile..stakat untuk you tube,fb,watsup mmg ok..tp online game keparit..bnyak lag dan lost connection..tolong suggest plan untuk online game dan harga berpatutan.tq

  • salam dik sis nak tanya awk beli yes zoom ni dekat outlet mana yer?
    blh info sis x.. nak beli tp dekat area pahang ni xda..semua duk pomot huddle kecik tu

        • Siapa yg dah taknak guna yes FIZ boleh contact sy.. Boleh deal utk sy sambung bayar. Edy 0193609933

        • Kalau masih dalam kontrak kena bayar penalti.. banyak jugak.. apa kata terus pi ke YES Centre.. kot boleh bayar murah.. cakap sebab munasabah contoh tiada capaian internet langsung ke, mungkin boleh dipertimbangkan.. cuba dulu, saya tak jamin :)

  • salam bro... nampak dr review bro yes fiz n mcam ok.. tp tgk kat fb yes macam2 kena maki ngn customer... sy student tgh cari internet utk letak kt rumah sewa kt bukit beruang melaka.. yes fiz ni termasuk la jgk dlm perancangan sbb ad dalam linkungan coverage die.... speed 1mbps tu cukup la untuk search ap2... tp fiz ni support tak untuk online gaming mcm main dota sume tuh... ??

    • ya.. yes fiz ni macam saya tekankan diawal perenggan diatas. tak sesuai untuk gamer.. tambah2 main DotA 2 lagi ping tinggi. Sesuai untuk user yang browse/surfing internet sahaja. Yang maki2 tu saya taw pasai pa.. Yes FIZ ni satu je problem dia, on peak hour memang slow.

  • salam sharil.. saya pakai yes fiz tapi kurang laju.. cam ne nak laju internet.. call saya whaasap

    • Ada tanya kawan haritu di group, boleh guna.. sebab Skybox ni guna data saja, yang lain semua masih guna piring tu. Tapi kalau dapat YES line fullbar mungkin tak ada masalah kot.

  • As salam, dekat mana ye nak dapatkan Yes fiz ni? lagi satu, kalau download video atau update software macam mane ye?? boleh download ke? tq

    • Boleh dapatkan kat kedai dealer YES, outlet YES.. banyak tempat dah offer.. dan nak download tak ada masalah. boleh je, cuma tak boleh torrent

  • Saya tengah cari internet yang unlimited laju dan stabil sebab saya ni suka download dan streaming animeJadi rasanya Yes Fiz ni sesuai tak untuk saya.Pengguna 3 orang.

1 2 3